Ayah Bayi Sakit Kronik Syukur Rezeki Melimpah - "Sebelum Ini Dalam Tangan Hanya Ada RM12"
Difahamkan, bayinya penghidap sakit paru-paru kronik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, sebuah gambar ayah membawa anak kecilnya menaiki motosikal sambil memakai alat bantuan pernafasan
Lelaki tersebut mendedahkan perkara terjadi akibat tidak mampu memiliki kereta. Oleh itu, dia terpaksa membawa anaknya menaiki motosikal ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk mendapatkan rawatan.
Perkara ini mendapat perhatian orang ramai termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan" - Ayah bayi
Menurut laporan Berita Harian, bantuan kepada anaknya telah mencecah RM30,000 setakat ini.
Rumahnya di Taman Kota Nelayan juga tidak putus dikunjungi orang ramai yang menyalurkan sumbangan kepada anaknya yang menghidap penyakit paru-paru kronik.
"Memang sebelum ini dalam tangan saya hanya ada RM12 tapi tak sangka pula rezeki kami melimpah selepas gambar kami ditular di media sosial,
"Semua wang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk membiayai kos rawatan anak berulang alik ke HSB dan dalam keadaan cuaca tidak menentu ini, saya akan ambil kenderaan e-hailing untuk ke hospital," katanya.
Sementara itu, ada juga beberapa indvidu yang mahu menghadiahkan kereta untuk kegunaan mereka.
Pihak BBSM (Bulan Sabit Merah Malaysia) Kedah juga sedia menawarkan bantuan khas untuk membawa anaknya, Mohd Aariz Zafran untuk ke hospital.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!