seismik

Wanita Indonesia Dikecam Sebab Tak Jaga Mulut Dakwa Datang Malaysia Tak Dengar Azan

Wanita itu siap cakap Terengganu tak ada masjid.

Cover image via @pinotdiah (TikTok) & Flickr

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum ketahui, agama rasmi di negara Malaysia ialah agama Islam kerana majoriti agama penduduknya

Sebab itu, banyak kita lihat masjid-masjid atau surau dibina di kebanyakan tempat untuk memudahkan orang beragama Islam beribadah. 

Begitu juga dengan agama lain, tiada larangan buat mereka untuk beribadah di tokong atau kuil mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video wanita Indonesia yang mengeluh kerana tidak mendengar satu pun azan di Malaysia telah mendapat kecaman. 

Wanita itu juga mengatakan dia tak jumpa masjid di sesetengah kawasan

Wanita itu mengaku dia pernah ke Kuala Lumpur dan Terengganu. Namun, tidak pernah jumpa masjid di Terengganu. 

"Saat ke KL, menara Petronas, ada masjid besar tapi saya tidak mendengarkan suara azan kerana saya pergi pagi. 

"Saya melihat masjid saat mau ke Senai Airport, tapi saya tidak mendengar suara azan" katanya. 

Dalam video yang lain, dia menangis bersyukur dapat mendengar azan di Singapura yang selama ini ditunggu-tunggu di Malaysia. 

"Mbak, kena buka mata, korek telinga dan makan kismis minda banyak-banyak" - Netizen

Susulan tularnya video itu di laman X, rata-rata netizen menunjukkan rasa tidak puas hati. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Akak ni pun, agak-agaklah kalau nak menipu :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: