"Queen Of The Retail" - Coach Airways Kini Dibuka Secara Rasmi Di Freeport Melaka
Kreatif konsep dia.
Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia iaitu sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi butik dan kafe unik bagi produk jenama Coach
Projek ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747.
Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an. Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Coach Airways merupakan satu penambahan kepada tarikan baharu di Negeri Melaka dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhan negeri ini dalam usaha meningkatkan produk di sektor pelancongan kepada orang ramai. Perasmian ini juga sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024."Selain menjadi tempat beli-belah, konsep butik ini juga melambangkan kemewahan dan prestij untuk semuarakyat Malaysia secara amnya dan penduduk di Melaka secara khususnya," katanya di majlis perasmian butik berkenaan.
Image via Coach (Provided to SAYS)
Image via Coach (Provided to SAYS)
Orang ramai dapat menikmati keunikan pengalaman membeli-belah dalam pesawat
Para penggemar pesawat penerbangan dan membeli-belah boleh bersedia untuk merasai suatu pengalaman yang cukup memukau kerana Boeing 747 yang dahulu dikenali sebagai ‘Queen of The Skies’ kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail’.
Reka bentuk pesawat yang luas secara tidak langsung memberikan persekitaran beli-belah yang selesa disamping dapat menggamit kenangan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu yang menitikberatkan nilai kemewahan dan keanggunan.
Image via Coach (Provided to SAYS)
Image via Coach (Provided to SAYS)
Image via Coach (Provided to SAYS)
Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat bagi mencipta pengalaman sebenar menaiki pesawat udara.
Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat koleksi barangan Coach yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri daripada koleksi beg, kasut dan aksesori.
Jenama Coach juga ada mengeluarkan koleksi Coach eksklusif menampilkan pilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan aksesori perjalanan seperti tag bagasi dan dompet kecil yang dicetak dengan simbol edisi terhad pada koleksi tersebut.
Image via Image Via Nany Rahman/SAYS
Image via Coach (Provided to SAYS)
Image via Coach (Provided to SAYS)
Bolehlah feeling-feeling membeli-belah dalam pesawat nanti! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment