seismik

Malaysia Cipta 'Guinness World Records' Dalam Perhimpunan Kostum Spider-Man Terbesar

Seramai 685 Spider-Man dari seluruh Malaysia hadir dalam perhimpunan kostum Spidey berkenaan.

Cover image via Sony Pictures Malaysia & AEON Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bersempena dengan tayangan filem Spider-Man: Across The Spider-Verse baharu yang kini sedang ditayangkan di pawagam baru-baru ini

Pengedar filem Sony Pictures Malaysia dan Aeon Mall telah menjemput para peminat Spider-Man untuk mengambil bahagian dalam satu perhimpunan besar yang bertujuan untuk memecahkan rekod dunia sedia ada.

Buat julung kalinya, pada hari Sabtu (3 Jun) lalu, seramai 685 Spider-Man dari seluruh Malaysia telah hadir di Aeon Mall Bukit Tinggi, di Klang, Selangor untuk berhimpun dengan memakai kostum Spidey.

Menurut kenyataan akhbar daripada Sony Pictures Malaysia, rekod sebelum ini disandang oleh satu perhimpunan yang berlaku di India pada 15 Disember 2021 yang dihadiri oleh 601 Spider-Man.

Guinness World Records 'Perhimpunan Terbesar dalam Kostum Spider-Man' sah milik Malaysia dengan jumlah 685 Spider-Man dalam satu tempat

Usaha untuk memecahkan rekod bermula pada pukul 4 petang, dengan pengadil rasmi Guinness, Kazuyoshi Kirimura, meminta semua yang berpakaian sebagai Spider-Man untuk kekal di kawasan yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama lima minit.

Pada pukul 4.40 petang, akhirnya pengadil rasmI Guinness mengesahkan bahawa Malaysia berjaya memecahkan rekod tersebut.

Tahniah kepada 685 rakyat Malaysia yang berpakaian kostum Spider-Man baru-baru ini. Korang memang sporting & terpaling Spidey sejati!

Image via Tumblr

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: