seismik

Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-Kanak Lahir Tahun 2018, 2019 Mulai Hari Ini

Inisiatif imunisasi Catch-Up Pneumokokal (CHUP) ini bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei tahun depan.

Cover image via BERNAMA

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 menerusi inisiatif imunisasi Catch-Up Pneumokokal (CHUP) yang bermula mulai hari ini (1 Jun) hingga 31 Mei tahun depan

Menerusi laporan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, inisiatif itu bagi mengoptimumkan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

"Berdasarkan data KKM, kadar discaj akibat penyakit pneumokokal invasif di hospital KKM adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

"Bagi pemberian vaksin itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke mana-mana fasiliti kita secara 'walk-in.'

"Selain itu, ada juga janji temu melalui MySejahtera. Jadi mereka (ibu bapa) boleh pergi ke aplikasi MySejahtera untuk buat tempahan bagi mendapatkan vaskin di semua fasiliti kesihatan," katanya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Image via BERNAMA

KKM menyasarkan 700,000 daripada sejuta kanak-kanak berusia empat dan lima tahun untuk menerima suntikan vaksin pneumokokal

Dr Zaliha berkata, KKM sudah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020.

Tambahnya lagi, program imunisasi yang dijalankan di peringkat global menunjukkan penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia.

"Bagi negara ini, penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun daripada 158 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1950 kepada 7.4 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021.

"Pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi," katanya.

Gambar sekadar hiasan

Image via DANIAL SAAD/NSTP

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: