seismik

"Anak Siap Tegur" - Wanita Terkejut Beli Baju Tidur Kanak-Kanak Dapat Corak Tak Senonoh

"Apakah niat pengilang nak rosak minda kecil anak-anak?" - soalnya.

Cover image via Anis Syahirah Anis (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, baju tidur kanak-kanak pastinya mempunyai corak yang comel atau karakter kartun terkenal seperti Frozen, Barbie, Upin Ipin, BoboiBoy dan sebagainya

Corak-corak berkenaan boleh dikatakan banyak dijual di kedai-kedai borong baju dengan harga sangat berpatutan. Lebih banyak kuantiti yang dibeli, lebih murah harganya.

Begitupun, lain pula ceritanya terjadi kepada seorang wanita meluahkan perasaan terkejut apabila baju tidur yang dibeli untuk anaknya memaparkan corak yang tidak senonoh.

Lihat posting penuh di bawah:

Ingat beli baju tidur corak daun tetapi rupa-rupanya gambar bentuk badan wanita dewasa yang tidak berbaju

Menerusi posting dimuat naik di laman Facebook Anis Syahirah Anis, wanita ini menunjukkan gambar baju tidur kanak-kanak bercorak dengan warna hitam yang dibeli untuk anaknya.

Tapi jika dilihat dengan teliti, corak pada baju tidur yang dibeli itu sebenarnya mempunyai gambar bentuk badan wanita dewasa yang tidak berbaju.

Menurut wanita berkenaan, dia tidak menyedari corak baju tidur untuk anaknya itu tidak bersesuaian kerana sakan memilih lebih 30 pasang pakaian secara rawak dan menyangka ia hanyalah gambar daun berjalar.

Corak tersebut hanya mula disedari ketika anaknya terus mencuba baju tidur itu selepas pulang ke rumah.

Situasi yang berlaku membuatkan wanita tersebut terkejut kerana saiz baju tidur yang dibeli itu untuk kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun tetapi coraknya tidak bersesuaian dengan si pemakai.

Susulan daripada kejadian itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga kepada kepada pihak kedai pemborong terlibat.

"Stupid betul designer ni... apa motif buat macam ni kat baju budak" - Netizen

Susulan tularnya gambar berkenaan, posting di Facebook itu kini meraih lebih 1.1K likes, 808 comments dan 1.8K shares ketika artikel ini ditulis.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen berang dan bengang kerana menganggap corak tidak senonoh pada baju kanak-kanak tidak sepatutnya berlaku.

Mereka juga memberi pendapat agar pengguna Facebook tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak peniaga terbabit.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Facebook:

Tergamaknya penjual nak jual baju corak macam ni untuk pakaian kanak-kanak. Parents, take note!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: