seismik

[VIDEO] Tular Wajah Warga Emas Seiras Dengan Raja Permaisuri Agong Ini Curi Tumpuan Ramai

Pelanduk dua serupa ya.

Cover image via @istana_negara (Instagram) & @destinasitv (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda berjumpa dengan orang yang wajahnya seiras dengan anda?

Ramai orang yang kata dalam dunia ini sebenarnya ada 7 orang wajah yang seiras dengan kita. Jadi, jika kita pernah terlihat dan berjumpa sendiri dengannya dikira beruntunglah sebab susah nak jumpa.

Pasti rasa excited pun membuak-buak. Iyalah kan, bayangkan kita jumpa dengan other version diri kita. Mesti seronok!

Baru-baru ini tular di TikTok seorang warga emas dikatakan hampir seiras Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mencuri tumpuan ramai.

Tonton video penuh di bawah:

@destinasitv

Pengasas Rendang Tok Yoep, Masak Guna Dapur Kayu Api!

original sound - destinasitv

"Ada orang cakap mungkin nampak seiras kerana saya juga memakai cermin mata dan gaya memakai tudung" - Kak Cik

Menerusi laporan Harian Metro, Nora Aishah Ibrahim, 62, atau lebih mesra disapa Kak Cik berkata, sudah pasti dia berasa gembira dan bangga dengan pandangan orang ramai itu tetapi pada masa sama tetap timbul perasaan segan.

"Tidak dinafikan ramai juga termasuk pelanggan dan ahli keluarga cakap wajah saya seiras baginda. Saya segan sebenarnya, tetapi saya anggap itu pandangan orang dan penghargaan buat saya.

"Ada orang cakap mungkin nampak seiras kerana saya juga memakai cermin mata dan gaya memakai tudung.

"Saya memang suka gaya ringkas sejak dahulu lagi terutama kalau memakai tudung bawal," kata ibu kepada tiga anak itu.

Berhubung video TikTok, Kak Cik yang mengusahakan rendang tok kambing, ayam dan daging yang dimasak dengan dapur kayu itu berkata, anaknya berkongsi video terbabit hanya suka-suka kerana ramai individu meninggalkan komen yang wajahnya seiras baginda.

"Ramai yang komen cakap wajah kami seiras dan ada yang mahu melihat dari sudut hadapan, jadi anak kongsikan video saya.

"Kalau ada rezeki saya teringin berjumpa baginda kerana memang suka melihat baginda yang berjiwa rakyat dan berasa dekat di hati.

"Malah, saya mengagumi baginda yang mencemar duli memasak (untuk mangsa banjir) ketika banjir dahulu," katanya.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

@rendangtokyeop Replying to @Kαleef_Nubαyl Harap masih belum terlambat ikut trend dan semoga viral sampai ke @Istana Negara TV supaya kakcik dapat jumpa Permaisuri #tunkuazizah #tunkuazizahmaimunahiskandariah #permaisuriagong #fyp original sound - SALMAN KHAN STARKING
@rendangtokyeop Replying to @mazliza445 wajah kakchik kalo dari depan semasa rakaman dengan @destinasitv dalam rancangan memasak Rendang Tok Yoep. Maafkan kakchik kalo ada yang salah faham. Terima kasih semua sentiasa support kakchik #kakchik #pelandukduaserupake #tunkuazizah #permaisuriagong original sound - Rendang Tok Yoep HQ K.kangsar

"Tak dapat jumpa Tunku Permaisuri Agong dapat jumpa akak ni pun dah ok dah, sebiji weh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ada juga yang mendoakan semoga warga emas itu dapat berdepan dan berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong suatu hari nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 202.5K views, 3,968 likes dan 339 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak macam iras sikit wajah dia dengan Tunku Azizah Aminah, bagaimana pula dengan anda?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: