seismik

"New Venue" - Konsert Muse: Will Of The People Kini Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Malaysia merupakan satu-satunya lokasi persinggahan di Asia bagi konsert jelajah dunia Muse: The Will Of The People Tour 2023.

Cover image via @muse (Instagram) & @hellouniverse.my (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat peminat setia Muse! Berikutan sambutan yang menggalakkan, konsert Muse: 'Will of The People' World Tour 2023 Live In Kuala Lumpur akan berpindah ke lokasi yang lebih besar!

Konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023 akan berpindah ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan Kuala Lumpur kekal SATU-SATUNYA PERTUNJUKAN MEREKA DI ASIA!

Muse: 'Will of The People' World Tour Live In Kuala Lumpur 2023
Tarikh: 29 Julai 2023
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Adakah tiket anda yang terdahulu masih sah untuk lokasi baharu?

Bagi pemegang tiket sedia ada, anda akan menerima tiket yang dikemas kini melalui e-mel. Anda boleh menggunakan tiket baharu tersebut untuk masuk ke acara di lokasi baharu.

Bagaimana susunan tempat duduk akan dipengaruhi oleh perubahan lokasi?

Tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C kekal sama. Susunan tempat duduk terdahulu untuk Zon D akan diselaraskan menjadi Zon D RM950 (tanpa bayaran tambahan) di lokasi baharu.

Tiket yang dikemas kini akan dihantar kepada anda oleh syarikat tiket: ticket2u.com.my dan golive-asia.com tiket.com.

Tiket akan dijual bermula esok (2 Jun) dari jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my. Jom Musers!

Stay tuned untuk update terkini seterusnya mengenai konsert jelajah dunia Muse: Will Of The People 2023 hanya di SAYS Seismik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: