"Racun Shopee Lagi" - Ini 5 Pewangi Baju Viral Yang Anda Wajib Beli, Ramai Recommend!
Cutenya scented beads tu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada di antara anda yang sudah cuba pelbagai jenis sabun atau pewangi baju tetapi bila dibasuh tetap kurang wangi bukan?
Kadangkala, mungkin cara kita basuh baju itu tidak betul ataupun jenama sabun tersebut tidak sesuai dengan pakaian kita.
Apa kata anda cuba beberapa pewangi dan pelembut baju yang viral di Shopee baru-baru ini? Ramai yang sudah mencuba dan mengatakan produk-produk ini bagus.
Jom kita lihat 5 jenis pewangi dan pelembut baju di bawah:
1. Mix colour laundry condensation beads
Image via bedsheetbestseller (Shopee)
Laundry beads ini mempunyai empat warna didatangi dengan bau yang berbeza iaitu fresh fruits, natural, rose dan lily.
Cara menggunakannya ialah anda hanya perlu memasukkan dua hingga tiga ketul beads ke dalam mesin dan biarkan ia dibasuh sekali bersama pakaian.
Harga: RM4.80 hingga RM5.00
Klik di sini untuk beli.
2. Aroma softener clothes
Image via jmallonline (Shopee)
Pewangi ini sama seperti laundry beads tadi, cuma ia berbentuk biji kecil-kecil. Ia juga terdapat empat warna dan bau berbeza iaitu lavender, rose, chanel dan ocean.
Cara menggunakannya pula masukkan sekali bersama pakaian sebelum memulakan proses membasuh.
Harga: RM3.78
Klik di sini untuk beli.
3. Downy unstopables in-wash scent booster beads
Image via jingya0624 (Shopee)
Bau Downy beads ini pula mampu bertahan dengan lebih lama berbanding dua pewangi di atas. Antara warna yang ada adalah merah, turquoise, merah jambu dan ungu. Baunya pula merupakan bau red rose, floral, jasmine dan plum fruit.
Cara menggunakannya adalah bermula dengan meletakkan pakaian di dalam mesin basuh, kemudian masukkan dua atau tiga cup Downy beads. Seterusnya, masukkan detergent atau softener dan mula membasuh.
Harga: RM31.50
Klik di sini untuk beli.
4. Hi Class softener viral
Image via loveidaxx (Shopee)
Soflan ini terdapat empat jenis bau iaitu rose pink, jasmine, red rose dan lemon. Selain boleh membuatkan pakaian anda wangi sepanjang hari dan mudah digosok, ia juga boleh digunakan sebagai agen pencuci lantai.
Pewangi serbaguna ini bukan saja mempunyai kuantiti yang banyak iaitu 500ml, malah harganya juga sangat murah! Anda boleh beli kesemua warna tanpa fikir banyak.
Harga: RM2.90
Klik di sini untuk beli.
5. Sureclean laundry detergent
Image via fiestachem.os (Shopee)
Mendapat rating 4.9/5 di Shopee, pencuci baju Sureclean ini juga sangat disyorkan oleh ramai pengguna. Ia merupakan anti bakteria dan biodegradable.
Harganya yang murah juga membuatkan ramai pelanggan repeat beli dengan penjual ini. Botolnya juga besar dan mempunyai kuantiti sebanyak 5kg.
Harga: RM10.95
Klik di sini untuk beli.
Lepas ni confirm tak ada lagi masalah baju tak wangi lepas pakai produk-produk di atas. Murah pula tu, jom cuba sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment