seismik

Nak Hias Rumah Bagi Naik Seri? Ini 5 Kedai Pokok Hiasan Viral Yang Berbaloi Di Shopee

Alang-alang tengah trending, jom add to cart!

Cover image via Shopee Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau anda seorang yang suka menghias rumah, anda pasti akan mencari barangan dekorasi cantik dan berbaloi bukan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kayu Deko

Percaya atau tidak, salah satu elemen yang boleh menaikkan seri rumah anda adalah dengan meletakkan pokok hiasan. Hiasan dalaman rumah memang tidak lengkap kalau tak ada pokok-pokok hijau di sudutnya.

Tidak perlu menggunakan pokok betul, hanya dengan membeli artificial plant saja sudah mampu membuatkan rumah anda nampak sangat cantik dan elegant. Padankan pula dengan lampu mentol oren, lawa habis!

Memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan digalakkan untuk terus berada di rumah, membeli belah secara dalam talian adalah cara yang paling mudah. Tinggal klik dan bayar saja!

Jom tengok lima kedai di Shopee yang menjual beberapa spesis pokok hiasan viral dan menjadi pilihan ramai di bawah:

1. Banana Leaf Artificial Plant - ecostore88

Kalau anda suka daun yang besar-besar, pokok pisang adalah pilihan yang terbaik. Kedai ini menjual tiga saiz pokok pisang iaitu 120cm, 160cm dan 190cm.

Mereka menyediakan daun pisang tiruan yang premium dan berkualiti yang sesuai dijadikan hiasan di sudut ruang tamu anda. Daun berwarna hijaunya juga kelihatan realistik!

Klik di sini untuk membeli.

2. Skybird Artificial Plant - bifroststore.my

Skybird adalah antara pokok hiasan yang paling diminati ramai kerana daun-daunnya yang tirus membuatkan ia nampak elegant jika dipadankan dengan tema hitam, putih atau coklat.

Kedai ini menjual dua saiz pokok skybird iaitu 140cm dan 160cm. Kelebihan lain pokok ini adalah batang pokok daunnya boleh dilentur mengikut citarasa anda dan juga waterproof. Senang nak basuh dan gosok!

Klik di sini untuk membeli.

3. Fiddle Fig Leaf Airtificial Tree Artificial Plant - mfdesign

Didatangkan sekali bersama pasu bunga plastik berwarna hitam, pokok fiddle fig ini lebih sesuai jika diletakkan di sudut bilik tidur anda.

Kedai ini menjual lima saiz bermula dari 60cm, 90cm, 120cm, 150cm dan 180cm. Daun pokok fidlle fig ini juga lebat dan membuatkan ia nampak lebih rimbun.

Klik di sini untuk membeli.

4. Dracaena Marginata Green Artificial Plant - dr.green888

Pokok ini sesuai jika anda letakkan ia di atas side table di ruang tamu atau bilik kerana saiznya lebih kecil berbanding pokok-pokok lain di atas.

Pokok hidup ini perlu penjagaan yang lebih teliti berbanding pokok yang lain. Jika anda tidak gemar menjaga pokok hidup, dracaena marginata green mungkin kurang sesuai untuk rumah anda.

Klik di sini untuk membeli.

5. Potted Artificial Plant - allygom

Akhir sekali, jika anda sukakan konsep simple dan ada sudut kecil seperti meja belajar atau bekerja, anda boleh cuba meletakkan potted artificial plant ini sebagai hiasan.

Selain daripada citarasa gaya hiasan Korea yang klasik, ia merupakan cara mudah dan cepat untuk menghiasi ruang dalaman agar nampak lebih sedap mata memandang.

Klik di sini untuk membeli.

Dengan adanya pokok-pokok hiasan ini, rumah anda akan nampak lebih menonjol daripada biasa. Percayalah! Okay jom shopping sekarang ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: