seismik

Nak Beli Barang Ala IKEA Tapi Malas Nak Keluar? Jom Follow 7 Local Seller Ini Di Shopee!

Jangan risau, semua kedai dalam senarai ini adalah trusted seller.

Cover image via Shopee Malaysia

Siapa je yang tak suka rumah kelihatan cantik dengan menggayakan konsep serta tema pilihan sendiri bukan?

Terdapat beberapa konsep dalam menghias dan dekorasi rumah antaranya gaya moden kontemporari, hiasan ala nostalgik, minimalis atau pun lakukan sendiri (DIY).

Tetapi semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, kebanyakan kedai perabot tutup dengan awal dan menyebabkan ramai tidak sempat untuk membeli-belah barangan rumah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka membeli perabot dan pelbagai alat kelengkapan rumah di IKEA, sudah pastinya ingin mencari peniaga lokal yang menjual barangan seperti itu.

Image via Iluminasi

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana kami akan kongsikan beberapa local seller di Shopee yang ada semua barangan tersebut. Bukan saja boleh dapat aksesori rumah yang murah, malah anda tidak perlu keluar rumah dan hanya bayar melalui online saja. Mudah dan jimat masa!

Berikut di bawah adalah senarai trusted seller di Shopee yang anda boleh follow:

B-NEST HOMEY TOUCHES berhasrat untuk menjadikan rumah anda selesa dan cantik dengan menjual pelbagai barangan kelengkapan rumah.

Antara hot selling product mereka adalah lampu tinggi LED ala IKEA, pelapik lantai vinyl bercorak kayu dan lampu siling panel LED. Jumlah pengikut mereka adalah 1.4K.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Furniture Direct adalah best seller yang menjual rak dan almari sesuai untuk anda yang sukakan konsep minimalis kerana produk mereka kebanyakannya berwarna putih dan hitam di mana ia akan membuatkan rumah anda nampak elegan!

Antara hot selling product mereka adalah almari baju, rak buku, dan kabinet kasut. Jumlah pengikut mereka juga sudah mencecah 46K, jadi sudah tentu barangan mereka adalah berkualiti baik.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

MALLiKEA.my menjual aksesori rumah dengan harga yang berbaloi serta dapat memudahkan anda untuk menyimpan baju, kotak-kotak penstoran dan macam-macam lagi.

Antara hot selling product mereka adalah rak multi-purpose, rak gantung baju dan langsir yang yang didatangkan dengan dengan pelbagai warna. Jumlah pengikut mereka di Shopee adalah 6K.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Hightunes.my menyediakan produk bernilai dan berkualiti tinggi yang mudah serta praktikal kepada pelanggan. Semua barangan di kedai ini adalah ready stocks. Barang akan dihantar dalam masa 2 hingga 3 hari setelah anda membuat pesanan dan dijangka tiba dalam 1 hingga 3 hari.

Antara hot selling product mereka adalah kitchen storage, lapik kaki dapur anti-minyak dan rak troli. Mereka mempunyai 2.5K followers dan juga mendapat review yang baik daripada pelanggan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Borong Perabut ditubuhkan dengan tujuan untuk memenuhi segala keperluan anda seisi keluarga dari segi kesenangan dan cita rasa yang diidamkan.

Antara hot selling product mereka adalah plastik stackable storage untuk letak baju, lampu sensor LED di halaman depan rumah dan juga rak kotak kasut. mereka juga mempunyai followers yang agak ramai iaitu 10.4K.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Waorder menawarkan pelbagai jenis produk dengan harga terbaik termasuk aplikasi rumah, kediaman dan lain-lain untuk kedai runcit, borong dan dropship.

Antara hot selling product mereka adalah kotak storage dwifungsi, rak sangkut baju yang kukuh dan rak tandas. Anda tidak perlu risau untuk membeli barangan daripada mereka kerana jumlah followers yang tinggi iaitu 38K sudah cukup untuk membuktikan mereka adalah seller yang boleh dipercayai.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Image via Hoxile (Shopee)

Hoxile adalah tempat yang sesuai untuk anda yang mahu mencari meja komputer dan kabinet besar untuk diletakkan di ruang tamu atau pun bilik tidur kerana brangan mereka dijamin cantik persis seperti IKEA.

Antara hot selling product mereka adalah meja belajar atau bekerja, kabinet TV serta lampu tinggi bilik tidur yang romantik. Jumlah followers mereka adalah 6.3K.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Image via Hoxile (Shopee)

Jadi apa tunggu lagi guys, inilah masanya kita nak decorate rumah cantik dan bergaya. Jom shopping!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: