seismik

Wanita Ini Hasilkan Pelbagai Barang DIY Berkonsepkan Farmhouse Untuk Deco Rumah. Kreatif!

Rambang mata, rasa nak beli semua sebab cantik sangat!

Cover image via Norpadilah Binti Afandi (Facebook)

Dekorasi farmhouse boleh dikatakan antara salah satu konsep digemari oleh orang ramai yang sukakan suasana desa

Gambar sekadar hiasan.

Image via Impiana

Gambar sekadar hiasan

Image via Pinterest

Namun, bukan semua orang pandai mengubah suai rumah menggunakan barang-barang Do It Yourself (DIY) ini. Lebih-lebih lagi, jika pasangan suami isteri itu sibuk dengan kerja tetap dan tidak ada masa untuk decorate rumah mengikut citarasa yang diinginkan.

Kini, masalah tiada masa untuk ubah suai rumah sudah pun ada solusinya. Senang cerita, anda hanya perlu sediakan duit yang cukup dan order saja. Kemudian, tunggu barang sampai dan anda sudah boleh hias rumah ala-ala farmhouse!

Seorang pengguna di laman sosial Facebook bernama Norpadilah Binti Afandi merupakan seorang usahawan barangan DIY yang berkonsepkan farmhouse. Nama perniagaannya dikenali sebagai Kampung House Signature Decor.

Menariknya, dia sendiri yang menggubah barang-barang tersebut dan menjadikan barangan terpakai seperti kayu, kepala paip, mentol, pasu kelapa, bekas antik dan macam-macam lagi sebagai bahan dekorasi rumah yang cantik.

Antara koleksi yang dihasilkan oleh Norpadilah:

Rambang mata tengok semua gubahan DIY yang dihasilkan usahawan wanita ini, semuanya cantik dan eksklusif belaka. Benarlah kata orang, mereka yang mempunyai jiwa kreatif ini memang ada saja bahan yang pandai digubahnya.

Sebenarnya, idea untuk menggubah barang-barang DIY bukanlah senang. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tahu bagaimana untuk menjadikan sesuatu barang itu cantik di mata pelanggan juga. 

Selain daripada Facebook, Norpadilah juga menggunakan akaun Instagram dan channel Telegram untuk berurusan dengan pelanggan yang ingin membuat tempahan

Dengan hanya menggunakan barang-barang DIY seperti ini, anda boleh nampak perbezaan ketara rumah anda sebelum dan selepas ubah suai.

Rumah anda akan terus berubah menjadi eksklusif walaupun menggunakan bajet yang rendah. Senang cerita, bagi mereka yang inginkan nafas baru, barang-barang DIY adalah jawapannya.

Jadi, bagi anda yang tak tahu mana nak beli barang-barang DIY berkonsepkan farmhouse, boleh check it out media sosial Norpadilah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: