Asalnya Nak Tahu ‘Rahsia’ Keris Tapi Komen Lucu Rakyat Malaysia Ini Pula Jadi Perhatian
Orang kita ni tak pernah serius, semua benda nak melawak.
Barang-barang antik seperti senjata dan alat muzik sering dikaitkan dengan perkara mistik
Warisan dan budaya nenek moyang kita kerap kali diingatkan berkaitan pantang larang supaya kita lebih berhati-hati kerana dikhuatiri perkara buruk bakal berlaku.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, seorang pengguna TikTok ini berkongsi satu pantang larang sebelum membeli keris.
Buka ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi jenaka dan tiada yang mengambil serius
Menerusi video yang dikongsi oleh @helmi_juhari di TikToknya, lelaki tersebut memberi peringatan berkaitan pantang larang apabila melihat orang menjual keris.
Dia juga turut menasihati supaya jangan membuka sarung keris sesuka hati kerana ditakuti perkara yang tidak diingini bakal berlaku.
Namun begitu, tabiat rakyat Malaysia yang lucu mengubah suasana dan pandangan terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui video tersebut.
Image via @helmi_juhari (TikTok)
Image via @helmi_juhari (TikTok)
Image via @helmi_juhari (TikTok)
"Pernah la juga haritu nampak keris tu berkilau dan dia dipanggil Mat kilau." - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berkongsi jenaka dan menganggap ia sebagai hiburan semata-mata.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 42.7K likes dan 1273 comments.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:
Image via @helmi_juhari (TikTok)
Image via @helmi_juhari (TikTok)
Image via @helmi_juhari (TikTok)
Kita punyalah serius baca komen, sekali kena prank! :')
Image via GFYCAT
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment