seismik

Ingatkan Ada Roadblock Rupanya Abang Bomba, Gelagat Wanita Berhenti Ini Bikin Dekah Ramai

Tak pernah lagi bomba buat 'roadblock' kak.

Cover image via @zainy_hazmat01 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut sahaja tentang roadblock, pasti ada segelintir daripada pengguna jalan raya yang berasa gusar dan gelisah

Rata-rata anak muda di negara ini pasti risau jika berhadapan dengan sekatan jalan yang diadakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Masalah utama mereka ialah ketiadaan lesen atau cukai jalan pada kenderaan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan seorang wanita yang membonceng motosikalnya berhenti di tepi jalan kerana menyangka berlakunya sekatan jalan raya.

@zainy_hazmat01 kami x tahan aihh..awak cik adik berenti haha.... #fireman‍ #fyp #abangbombailove original sound - zainyhazmat01

Lihat reaksi kakak ini sahaja sudah tahu yang dia dalam keadaan tergesa-gesa, sampai tak dapat bezakan bomba atau JPJ

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @zainy_hazmat01 di TikToknya, wanita berkenaan memberhentikan motosikalnya di tepi jalan kerana menyangka sekumpulan 'abang bomba' sedang melakukan sekatan jalan raya.

Lebih menarik lagi, telatahnya tersebut meraih tawa orang sekeliling kerana dia hanya tersalah sangka. Wanita tersebut segera memecut laju motosikalnya meninggalkan tempat itu.

Riak wajah wanita tersebut dilihat sangat tergesa-gesa dan malu selepas insiden berkenaan.

"First time dengar bomba buat roadblock" -Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan telatah dan reaksi wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 120.5K likes dan 2.8K comments.

Berikut adalah komen dari warganet berkaitan video berkenaan di TikTok:

Aduhai kak, kenapa berhenti? Tak hilang malu tu! :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: