"Kahwin Curi-Curi" - Masjid Di Thailand Ini Jadi Perhatian Untuk Para Suami Kahwin Lain?
Jangan nak menggatal ya!
Perdebatan berkaitan poligami dalam masyarakat kita sering dijadikan isu yang tidak akan pernah habis
Jika kita sebut sahaja berkaitan poligami, pasti ada di antara kita yang mengatakan ia merupakan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Namun, perspektif ini sering disalah gunakan oleh segelintir golongan yang tidak ambil cakna berkaitan ilmu perkahwinan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita ini menunjukkan sebuah masjid di Songkhla, Thailand yang menjadi perhatian buat para suami yang merancang untuk berpoligami.
Kalau dah bersedia untuk berkahwin, kenapa perlu sembunyi-sembunyi?
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @noru_xx di TikToknya, rakaman tersebut memaparkan sebuah masjid yang dikenali sebagai Central Mosque of Songkhla Province berhampiran dengan sempadan Malaysia - Thailand tersebut.
Rakaman tersebut turut meraih perhatian dan perdebatan dari warganet kerana masjid tersebut sering menjadi 'laluan' bagi para suami di negara ini untuk berkahwin lain secara 'senyap-senyap' tanpa pengetahuan keluarga.
Lebih menarik lagi, ada segelintir netizen yang turut 'bergurau' dengan pasangan mereka di ruangan komen. Cari nahas betul!
"Balik Malaysia kena saman RM5K" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 514.1K views, 24K likes dan 736 comments di TikTok. Rata-rata warganet di ruangan komen lebih 'berhati-hati' dan memantau pasangan masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!