Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Raja Britain, Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser Selepas Jalani Pembedahan Prostat

Difahamkan, baginda akan menangguhkan tugas membabitkan penampilan awam ketika menjalani rawatan.

Cover image via Insertlive Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lebih tujuh dekad menanti untuk ditabalkan sebagai ketua negara, Raja Charles III kini disahkan menghidap kanser, 18 bulan selepas menaiki takhta

Menerusi laporan Berita Harian, Istana Buckingham semalam mengesahkan Raja Charles III menghidap kanser, seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.

Istana Buckingham juga mengumumkan baginda akan menangguhkan tugas membabitkan penampilan awam ketika menjalani rawatan tetapi berharap untuk kembali menjalankan tugas awam sepenuhnya secepat mungkin.

Selain itu, katanya, baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi, selain berharap ia dapat membantu pemahaman umum berhubung penyakit itu.

"Diagnos lanjutan mendapati ia adalah kanser," katanya. Pengumuman berkenaan meraih pelbagai sokongan, selain Putera Harry memaklumkan sudah berbincang mengenai diagnosis dan akan melawat bapanya.

Raja Charles III

Image via Berita Harian

Pihak istana juga menegaskan ia bukan kanser prostat

Bagaimanapun, Istana Buckingham tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi raja berusia 75 tahun itu.

Beberapa minggu sebelum ini, baginda dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menjalani rawatan prostat yang semakin membesar.

Perkara ini diumumkan seminggu selepas Raja Charles dibenarkan keluar dari klinik swasta London selepas prosedur perubatan.

Tahap kesihatan Charles yang ditabalkan sebagai raja selepas kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II, 96, pada 8 September 2022, secara umumnya adalah baik, tetapi mengalami kecederaan akibat sukan polo dan ski.

Bulan lalu, Charles meraih pujian kerana secara terbuka memaklumkan keadaan prostat baginda, selain doktor mengakui lebih ramai masyarakat dijangkiti penyakit itu tampil mendapatkan rawatan selepas pengumuman berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment