seismik

Lelaki Selamba Buang ‘Hajat’ Sambil Berdiri Belakang Ativa - “Macam Tandas Awam Dia Buat"

Tenang betul ya.

Cover image via Wei Yang

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai mabuk membuang air besar di tempat terbuka di tepi sebuah lorong kedai

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera dashcam sebuah kenderaan yang berada di lokasi berkenaan.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan yang berjalan dipercayai berada dalam keadaan mabuk dilihat tanpa segan silu membuka seluar sebelum membuang air besar di belakang kereta jenis Perodua Ativa.

"Buat macam tandas awam. Berak di depan kereta saya," tulis Wei Yang yang memuat naik video tersebut di Group Facebook Dashcam Owners Malaysia baru-baru ini.

Image via Wei Yang

Kembali memakai seluar setelah ditegur oleh pemilik kenderaan itu

Di akhir video tersebut, perbuatan lelaki berkenaan ditegur oleh individu dipercayai pemilik kenderaan terbabit yang bengang dengan kejadian itu.

Susulan daripada itu, dia dilihat segera kembali memakai seluarnya dan beredar dari tempat kejadian.

Namun, belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden itu, selain pemilik kedua-dua kenderaan itu juga difahamkan belum membuat laporan polis.

Hm, mungkin jalan pun dah nampak macam tandas :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: