Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rakyat Malaysia Mahu Macklemore Buat Konsert Di KL Selepas Lancarkan Lagu Pro-Palestin

#MacklemoreInMalaysia.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia menggesa penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Macklemore untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur selepas dia mengeluarkan lagu pro-Palestin awal bulan ini

Di dalam lagu tersebut, Macklemore mengkritik AS kerana membiayai Israel untuk menyerang Palestin sejak Oktober tahun lalu.

Pergerakan itu dimulakan oleh FLY FM menerusi satu posting di Instagram pada Isnin, 20 Mei 2024.

"Kami memerlukan bantuan anda untuk membawa Macklemore ke KL! Atas semangat menggalakkan keperluan gencatan senjata di Palestin, mari kita bersama-sama perkasakan Macklemore's Hind's Hall secara langsung di Malaysia," tulisnya.

Image via Daizy Gedeon (YouTube)

Penyanyi rap itu mengeluarkan lagu Hind's Hall pada 7 Mei 2024

Tajuk lagu itu mengisahkan tentang Hamilton Hall, sebuah bangunan akademik di Universiti Columbia diduduki oleh pelajar yang membuat protes pada akhir April. Pihak berkuasa universiti telah mengancam mereka untuk membatalkan protes pro-Palestin atau akan diusir.

Dewan itu kemudiannya digelar Hind's Hall, sebagai penghormatan kepada seorang gadis Palestin berusia enam tahun, bernama Hind Rajab. Dia dipercayai telah dibunuh oleh tentera Israel ketika meminta bantuan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah selama kira-kira tiga jam pada 29 Januari 2024.

Dua anggota paramedik yang dihantar untuk menyelamatkan Hind turut terbunuh. Kerajaan Israel menafikan penglibatannya dalam pembunuhan Hind, lima saudaranya, dan dua paramedik di Tel al-Hawa, Gaza.

Kisah Hind kemudian tersebar ke seluruh dunia selepas rakaman telefon saat-saat terakhir bersama ahli keluarganya menjadi tular di media sosial.

Dalam liriknya, Macklemore mengutuk peranan AS dalam perang, mempersoalkan semantik yang digunakan oleh AS ketika mentakrifkan genosid dan menuntut kebebasan untuk Palestin

Image via The Nation

Penyanyi rap itu meluahkan perasaannya tanpa sekatan, sama seperti kebanyakan lagunya sebelum ini.

"The blood is on your hands Biden, we can see it all. And f**k no, I'm not voting for you in the fall.

"Never be defeated when freedom's on the horizon. Yet the music industry's quiet, complicit in their platform of silence," nyanyinya.

Dia juga mempersoalkan rakan-rakan muziknya yang berdiam diri mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Dengar lagu itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment