Ramai Kecam Lelaki Sindir Van Jenazah Dipandu Laju - "Bila Orang Cetek Ilmu Bersuara"
Sangat tak beradab!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang merakamkan van jenazah dipandu laju di sebuah lebuh raya
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah rakaman tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki di akaun TikToknya. Kapsyennya yang sangat tak beradab menimbulkan kecaman orang ramai.
"Kalut nak pergi mana. Bawa elok-elok, yang dah pergi tu dah tiada apa yang kalut lagi" tulisnya.
Perkara itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai. Dalam Islam, pengurusan jenazah perlu disegerakan sebaik kematian seseorang itu dipastikan.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perkara itu telah diriwayatkan menerusi sebuah hadis melainkan terdapat keraguan tetang kematian tersebut.
“Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan supaya pengurusan jenazah perlu disegerakan sebaik kematian seseorang itu dipastikan.
“Maka bersepakat ahli-ahli fiqah tentang perkara ini kecuali ada keraguan tentang kematiannya atau tujuan bedah siasat dalam kes-kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya,” katanya.Tambahan pula, melewatkan pengurusan jenazah atas alasan menunggu ahli keluarga pulang dari luar negara juga tidak disarankan.
“Jika mereka sampai setelah jenazah dikebumikan maka mereka boleh bersolat di atas kuburnya.
“Selain itu, jika seseorang itu meninggal dunia pada pagi Jumaat, urusannya akan dibawa selepas solat Jumaat supaya ramai orang bersolat ke atas jenazah berkenaan,” ujarnya.
Image via googleapis.com
"Time acik nanti, biar saya yang jadi driver, kita lepak tengok view dekat bukit ampang dulu tengok sunset" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 21K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi berbentuk kecaman.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Lihat video penuh itu di bawah:
Bab urusan jenazah ni lebih afdal jika dipercepatkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment