seismik

“Gaji RM20K Sebulan" - Ini Sebab Kenapa Norway Negara Terbaik Untuk Sambung PhD

Banyak program yang ditawarkan di sana.

Cover image via Fadzil Tahir (FB) & Boomers Daily

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi

Selepas selesai sarjana muda, ada yang menyambung pelajaran hingga ke peringkat sarjana. Kemudian, sambung pula ke peringkat kedoktoran.

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang lelaki menyarankan orang ramai yang ingin sambung PhD pergi ke Norway kerana banyak manfaat dan kelebihan yang boleh diperoleh.

"Kalau nak buat post-doc, nak jadi researcher atau associate professor pun boleh.

Untuk bulan februari dan mac sahaja dah ada berpuluh PhD/post-doc/resercher/associate professor position yang ditawarkan... Setiap masa dia akan update bila ada tempat kosong yang ditawarkan. Rugilah kalau tak cuba mohon" tulisnya.

Image via Boomers Daily

Antara kelebihan bila buat PhD di Norway adalah:

1. Ditawarkan gaji (setahun 532,200.00 krones = RM 240,000.00, dalam RM20,000.00 sebulan sebelum tolak cukai pendapatan). Anda tak perlu dah nak cari biasiswa atau pinjaman pelajaran. Selain itu, gaji juga akan naik 3% setiap tahun untuk tampung kadar kenaikan inflasi. Gaji post-doc, researcher, associate professor lagi tinggi.

2. Kebarangkalian untuk "Graduate on Time" yang sangat tinggi. Kontrak pengajian 3 tahun (atau 4 tahun kalau kena mengajar). Tak boleh extend, anda perlu graduate sebelum habis kontrak. Kalau tak habis, tak ada gaji dah, SV akan bantu sedaya upaya supaya kita akan GoT InsyaAllah.

3. Berpeluang menghadiri conferences/seminar/summer school di seluruh Eropah atau dunia dengan perbelanjaan semua ditanggung pihak universiti. Tambahan pula, anda akan dapat  elaun makan lagi.

4. Peluang pekerjaan yang tinggi dengan gaji yang lumayan di Norway selepas pengajian. Tapi kalau nak balik Malaysia terus pun boleh, tidak terikat (bonding) dengan universiti atau kerajaan Norway yang memberi gaji sepanjang pengajian.

5. Cuti tahunan bergaji (boleh lah balik bercuti ke Malaysia setahun sekali, atau nak jalan-jalan pusing Eropah untuk hilangkan stress sekejap). Kalau bujang, nak balik sebulan sekali pun boleh. Selian itu, gaji boleh beli tiket flight balik Malaysia insyaAllah.

6. Kepada yang berkeluarga dan ada anak, gaji yang diterima InsyaAllah cukup untuk tampung kehidupan keluarga, tak perlu (dan tak dibenarkan) kerja part time untuk cari duit lebih, sebab 100% position dengan universiti. 

Sekolah tempatan percuma, sekolah antarabangsa tak mahal, kos untuk perubatan percuma termasuk gigi. Kalau nak melahirkan anak pun boleh sini, dapat cuti bergaji setahun kalau isteri bekerja. Kalau isteri tak bekerja, suami dapatlah cuti 2 bulan bergaji tambah dengan duit imbuhan 90,000 krones (RM45,000). Boleh berpantang atau bantu isteri berpantang dengan baik insyaAllah.

7. Kepada yang berkeluarga juga, work-life balance sangat dahsyat dekat sini, boleh luangkan terlalu banyak masa tengok anak-anak membesar tanpa menjejaskan proses pengajian. InsyaAllah.

Image via In Here Project

Tidak dinafikan, ada juga cabaran yang perlu dihadapi semasa melanjutkan pelajaran di sana. Antaranya adalah berjauhan dengan keluarga, bahasa komunikasi, cuaca dan sebagainya.

Berikut merupakan antara program yang ditawarkan

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: