seismik

Polis Trafik Di Kajang Bantu Warga Emas Untuk Melintas Jalan Ini Terima Pujian Ramai

Alhamdulillah, terima kasih abang polis!

Cover image via @jllmisai (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, tidak mudah untuk orang awam lalu lintas di jalan raya yang sibuk

Oleh sebab itu, ramai yang disarankan untuk menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya. Namun, ada juga sesetengah kawasan yang tiada jejantas dan terpaksa menunggu giliran lampu isyarat untuk pejalan kaki. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang polis trafik membantu dua orang warga emas melintas di jalan raya yang bahaya. 

Dapat dilihat bahawa dua orang warga emas lelaki dan wanita ingin melintas ke seberang jalan di kawasan lampu isyarat Bandar Kajang, namun kereta di situ semuanya dipandu dengan laju sehinggakan mereka berdua tiada kesempatan untuk melintas. 

Mujur, datang seorang polis trafik untuk membantu mereka dan mengawal pergerakan lalu lintas kereta di situ. Ramai yang memuji tindakan polis itu. 

Image via @jllmisai (X)

"MasyaAllah semoga abang polis ini dikurniakan kesihatan yang baik and dipanjangkan umur amin demi berkhidmat pada masyarakat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 673.7K views, 1K reposts dan 3K likes di X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Image via @jllmisai (X)
Image via @jllmisai (X)
Image via @jllmisai (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Terbaik abang polis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: