seismik

Wanita Kongsi Terima Layanan Buruk & Racist Daripada Peniaga - "Tak Jual Kepada India"

Mungkin dia ada sejarah silam yang membuatkan uncle itu trauma.

Cover image via @preeyangka23 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah insiden yang membabitkan seorang wanita India di Pantai Remis, Kuala Selangor

Wanita itu berkongsi mak ciknya ingin membeli aiskrim untuk anak-anak buah di situ semasa berkelah di tepi pantai bersama keluarga. 

Namun, peniaga aiskrim itu enggan menjual airkrim kepadanya kerana dikatakan pernah ada kisah silam dengan orang India. 

Peniaga itu juga menampal laporan polis menyatakan pergaduhan dengan orang India mabuk yang pernah datang ke kedainya. Sebab itu, dia telah trauma dan enggan menjual aiskrim kepada orang India yang lain. 

Wanita itu kecewa dan kesal dengan tindakan peniaga aiskrim itu yang racist. 

Setelah videonya viral, peniaga itu tampil membuat permohonan maaf

Walau bagaimanapun, peniaga aiskrim yang meniaga di Pantai Remis, Kuala Selangor itu tampil memohon maaf kepada wanita itu dengan memuat naik sebuah video.

Lihat video penuh itu di bawah:

@preeyangka23

I’m not posting this video to bring anyone any harm. It’s just to raise awareness and to educate people thay stereotyping is not the way to go. I hope we can all change for a better Malaysia. #preeyangkasjourney

original sound - Preeyangka23 - Preeyangka23

Wanita itu berharap lepas ni semua peniaga boleh ketepikan sifat perkauman dan berlaku adil kepada orang lain. Bukan semua orang tu jahat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: