seismik

"Kalau Nak Ikut Islam, Ikut Habis-Habisan" - Lelaki Nasihat Suami Yang Nak Kahwin Lain

Manusia susah nak berlaku adil.

Cover image via @asnawihamdan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu poligami memang telah biasa didengar dalam kalangan rakyat Malaysia

Biarpun sebagai orang biasa ataupun pempengaruh, ramai juga antara mereka yang berkahwin melebihi seorang.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki memberikan pesanan kepada para suami jika mahu berpoligami.

Lelaki itu siap menjelaskan surah Yasin ayat ke-36 dan surah Al-Baqarah ayat ke-187. Penjelasan itu amat penting bagi seseorang yang ingin berpoligami.

Bagi dirinya, lelaki perlu penuh pegangan agamanya supaya dapat berlaku adil dan faham tujuan sebenar poligami.

Perlu faham konteks ayat-ayat dalam surah

Menerusi videonya, dia memberi jawapan kepada satu kenyataaan daripada netizen yang berkata 'hanya lelaki mati pucuk cukup satu, sebab fitrah laki nak ramai'.

Dalam surah Yasin ayat ke-36, ayat tersebut menyebut tentang pasangan-pasangan. Namun perkataan itu tidak bermaksud suami berkahwin lebih daripada satu. 

"Tak ada kata'berpasang-pasangan' ni perlu lebih daripada satu. Kalau kau faham Bahasa Melayu pun, berpasang.,.a pair of..,berpasangan ni ada dua" katanya. 

"Kamu adalah pakaian bagi isteri-isteri kamu" dalam surah Al-Baqarah ayat ke-187, perkataan kamu merujuk kepada lelaki yang ramai. 

"Jadi, tengah cakap kepada lelaki yang ramai untuk isteri yang ramai. Takkan lelaki yang ramai untuk satu isteri?" katanya. 

Dia juga menasihati supaya orang ramai perlu memahami Surah Nisa ayat ke-4 tentang keadilan terhadap isteri. 

"Jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim maka pilihlah satu, atau dua, atau tiga, atau empat… Jadi kau kena alert sebab Bahasa Arab dia guna perkataan ‘dan’. Kalau fikir tak ikut lurus, kau akan ambil ‘dan’.. ‘dan satu, dan dua, dan tiga, dan empat’.


"Fitrah manusia tu bang, adil tu tak ada dalam diri manusia. Sebab iman kita naik turun, apatah lagi keadilan diri kita. Terhadap diri sendiri pun kadang-kadang tak adil apatah lagi keadilan untuk orang lain.

"Mak bapa tak mampu bagi kasih sayang yang adil kepada anak-anak, apatah lagi dua bini bang? Kat situ kena faham." katanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Abang tu pesan kalau nak ikut cara Islam, ikut habis-habisan. Bukan setengah-setengah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: