Pengunjung Kecewa View Point Wang Kelian Kenakan Caj Untuk Setiap Peralatan Fotografi
Sebanyak RM15 caj dikenakan untuk seunit kamera.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, View Point Wang Kelian merupakan salah satu tempat tarikan yang terdapat di negeri Perlis
Tidak dinafikan, ramai pengunjung yang gemar pergi ke tempat itu kerana pemandangannya yang indah.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang menyatakan pihak View Point mengenakan caj untuk setiap peralatan fotografi yang dibawa telah mengundang ketidakpuasan hati orang ramai.
Menerusi notis tersebut, pengunjung yang membawa kamera dan perakam video akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk seunit bagi warganegara Malaysia, manakala RM20 untuk bukan warganegara.
Tambahan pula, sesipa yang ingin menjalankan sesi pengambaran filem atau dokumentari pula dikenakan caj RM500 sehari untuk warganegara dan RM1,000 untuk bukan warganegara.
Bukan setakat itu, fotografi pula dikenakan caj RM200 sehari untuk warganegara, manakala bukan warganegara dikenakan RM400 sehari.
Rata-rata pengunjung dan pelancong tidak puas hati terhadap caj yang dikenakan.
Kerajaan Perlis tampil memberi penjelasan
Menurut sumber, Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, Wan Badariah Wan Saad berkata, masyarakat diharap dapat bertenang dan memahami tujuan yang cuba dilaksanakan dalam menambah baik kemudahan pelancongan yang ada di negeri itu.
"Bawa bertenang semua, fi fotografi yang dikenakan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis adalah bertujuan untuk penggambaran komersil saja yang menggunakan kamera jenis DSLR dan seumpamanya.
"Selain itu, jika hanya sekadar untuk tujuan peribadi, hobi atau untuk dimuat naik di media sosial, ia tidak dikenakan caj," katanya.Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!