Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ramai Pelajar SPM Luah Rasa Kecewa Audio Ujian Mendengar BI Didakwa Guna Khidmat TikTokers

Pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 16 Februari lalu dikatakan tidak berkualiti dengan sebutan percakapan tidak jelas.

Cover image via TikTok

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikatakan tertekan apabila audio Ujian Mendengar Kertas 3 Bahasa Inggeris pada 16 Februari lalu didakwa tidak berkualiti dengan sebutan percakapan tidak jelas

Hasil tinjaun beberapa akaun TikTok yang tular di For Your Page (FYP), rata-ratanya juga merupakan calon SPM yang menduduki ujian tersebut meluahkan rasa kecewa dan kesal melalui video yang dimuatkan naik oleh mereka.

Malah, ada yang meluahkan perasaan tertekan menerusi media sosial dengan memuat naik video menconteng muka merujuk kepada influencer yang dilantik Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) kerana tidak puas hati dengan cara pengendalian kertas berkenaan.

Tonto beberapa video yang dimuat naik oleh di TikTok di bawah:

Dalam pada itu, menerusi posting yang dimuat naik seorang guru di Facebook, beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai isu yang terjadi.

"Berdasarkan maklum balas daripada pelajar saya, rakaman audio tahun lepas adalah sangat baik. Pelontar suara bercakap dengan jelas pada kadar yang stabil.

"Kali ini, para pelontar suara berkenaan bercakap terlalu cepat sehinggakan ada yang mengatakan mereka turut mencarut atau tersalah sebut. Ramai pelajar saya berputus asa walaupun tidak sampai separuh jalan.

"Selain itu, saya sangat tidak gembira kerana mereka mengupah influencer TikTok. Saya tertanya-tanya berapa banyak yang dibayar untuk kualiti kerja itu? 

"Saya juga tertanya-tanya mengapa mereka tidak mendapatkan beberapa guru sekolah rendah yang sangat mahir untuk melakukan rakaman? Sekurang-kurangnya mereka mengetahui tentang CEFR & standard Bahasa Inggeris yang diharapkan daripada pelajar SPM kita. Selain itu, mereka khidmat mereka jauh lebih murah,"
ujarnya.

Image via Jarod Yong (Facebook

Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dan KPM tampil menafikan dakwaan mereka menggunakan khidmat TikTokers

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menafikan dakwaan penggunaan TikTokers sebagai pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang telah dijalankan pada 16 Februari lalu.

LP melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022.

“Sehubungan dengan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh yang dimuat naik oleh pihak LP dan KPM:

Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)

Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment