Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ramai Sedih Lepas Dapat Tahu Kompleks PKNS & SACC Mall Bakal Diroboh?

Betul ke ni?

Cover image via @mhxqlr (X) Rentlab

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penduduk Shah Alam, pasti sudah sinonim dengan Kompleks PKNS dan juga SACC Mall bukan?

Dua tempat ini menjadi antara lokasi ikonik yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Malah, sehingga sekarang masih ramai yang pergi ke sini kerana makin maju.

Tambahan lagi, bila tiba hari raya. Dua tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari baju raya.

Namun, tular apabila seorang individu mendakwa bahawa tempat tersebut bakal dirobohkan.

Dedah dua bangunan ini bakal dirobohkan tidak lama lagi

Menerusi perkongsian di laman X, seorang individu telah mendedahkan bahawa Kompleks PKNS, SACC dan SACC Mall bakal dirobohkan tidak lama lagi.

Maklumat itu dikongsikan bersama tangkap layar yang didapatinya. Difahamkan, punca akan dirobohkan adalah kerana kawasan tersebut akan dibangunkan semula dengan strategik pembangunan baru.

Malah, katanya satu kajian bersama wakil penduduk Shah Alam akan diadakan bagi perancangan tersebut.

Ramai luah rasa sedih lepas dapat tahu

Susulan daripada berita itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang meluahkan pelbagai reaksi mereka.

"Ala nanti dah tak ada dahlah muffin sedap pkns tu muffin tu dari jauh boleh bau", kata seorang netizen.

"PKNS tu tempat bazaar ramadhan and tempat shopping raya paling best area shah alam," kata seorang lagi netizen.

Ada juga yang memberitahu banyak nostalgia di tempat berkenaan tambahan jika tiba bulan puasa dan hari raya.

Tiada kenyataan rasmi dari pihak bertanggungjawab

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan. Namun, pihak kami ada menghubungi pihak bertanggungjawab untuk mendapat kepastian ini dan masih tiada maklum balas.

Lihat ciapan itu di bawah:

Banyak kenangan tau tempat ni, sedih pula kalau betul kena roboh :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment