seismik

"Patut Baju Kotor" - Ibu Bapa Pakat Kutip Duit Untuk Beli Kerusi Kelas Baru Anak-Anak

Kerusi pun dah buruk tu.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai ibu bapa, sudah pasti mahu memberi yang terbaik buat anak-anak

Terutamanya dalam bahagian pembelajaran. Sekolah adalah tempat yang sangat penting buat mereka, jadi pihak sekolah perlulah memastikan ia selesa untuk murid-murid menimba ilmu.

Namun, tular apabila sekumpulan ibu bapa berpakat untuk mengumpul duit membeli kerusi kelas baru dek kerana kerusi kelas sekarang telah buruk.

Image via X

Tak sanggup tengok anak-anak duduk atas kerusi usang

Menerusi sebuah hantaran, idea untuk membeli kerusi baharu itu muncul susulan keadaan kerusi kelas sedia ada yang sudah uzur.

“Sedih, kita kena beli kerusi baru untuk anak-anak kita satu kelas ni. Patutlah baju selalu kotor,” kata salah di dalam kumpulan WhatsApp kelas tersebut.

Hasil kutipan daripada para ibu bapa dan penjaga, ia berjaya dikumpul sehingga berjumlah RM745.45 untuk membeli kerusi baru tersebut.

Netizen puji keprihatinan ibu bapa

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji keprihatinan ibu bapa murid-murid tersebut.

"Baguslah macam ni. Sekolah pun duit tak banyak. Sama-sama berbakti kepada sekolah demi anak-anak," kata seorang netizen.

"Zaman aku sekolah lagi teruk, kerusi kayu kadang-kadang sebelah kaki goyang. Nak duduk pun takut-takut. Masa rehat senyap-senyap tukar kerusi dekat kelas lain, hidup persekolahan memang kena ‘survive’. Biasalah tu,” kata seorang lagi netizen.

Lihat ciapan itu di bawah:

Ini semua demi keselesaan anak nak belajar nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: