seismik

Suami Tetap Nak Pergi Tarawih Di Masjid, Isteri Pula Tengah Sakit & Jaga Anak Sendiri

Boleh je kalau nak solat sendiri di rumah.

Cover image via @meinmokhtar (X) , Tudung Si Comel , Utusan (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, pada bulan Ramadan inilah banyak perkara kebaikan perlu dikejar

Termasuklah seperti solat berjemaah di masjid, terutamanya semasa solat sunat tarawih. Ramai orang yang tidak melepaskan peluang ini.

Namun, sebagai suami isteri adalah perlu anda bersikap toleransi kepada pasangan anda selepas penat seharian bekerja pada bulan puasa ini.

Terutama bagi isteri anda kerana merekalah yang selalu akan menyediakan hidangan juadah berbuka untuk keluarga, jadi pasti penat rasanya. Ditambah pula nak jaga anak pula selepas itu.

Seperti luahan seorang wanita di laman X yang berkongsi kisahnya bersama suami yang tidak mahu menjaga dan menolongnya kerana tetap mahu tarawih di masjid.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Detik

Suami pertikai kenapa halangnya nak pergi solat

Menerusi posting tersebut, wanita berkenaan memberitahu dia tidak larat sebaik saja selepas berbuka puasa bersama.

Difahamkan, kerana dia kurang sihat dan terpaksa pula menjaga anak yang masih kecil selepas itu. Perkara berkenaan membuatkan dia meminta tolong suaminya untuk menjaga mereka.

Namun, si suami berkeras untuk tetap mahu pergi ke masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih walaupun isterinya dalam keadaan yang kurang sihat.

Malah, suaminya seperti mempertikainya kerana menghalangnya untuk ke masjid solat tarawih. Apa yang membuatkan dia lebih kecewa adalah suaminya selepas itu sempat lepak di mamak dan minum.

Lihat luahan itu di bawah:

Dah kahwin ni kenalah bertolak-ansur, bantu mana yang perlu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: