seismik

"Geramnya" - Pak Cik Jatuh Terduduk Lepas Budak Main Tarik Kerusi Masa Solat Tarawih

Jatuh terduduk ini bahaya.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan Ramadan pastinya sudah sinonim dengan solat tarawih

Pada bulan inilah ramai orang mengejar pahala dengan membuat banyak kebaikan dan melakukan ibadah sunat seperti solat tarawih berjemaah di surau dan masjid.

Golongan muda juga dilihat ramai memenuhi masijid untuk solat tarawih. Namun, kadang kala ada juga ibu bapa yang membawa anak kecil semasa solat tarawih.

Mungkin atas pelbagai alasan yang tidak dapat dielakkan. Tak dinafikan ia memang perkara yang bagus tetapi perlulah dilihat juga tingkah laku anak.

Image via X

Jemaah sampai jatuh terduduk lepas budak alihkan kerusi solat

Tular baru-baru ini apabila sebuah video CCTV memaparkan seorang jemaah jatuh terduduk akibat daripada tingkah laku seorang kanak-kanak.

Dapat dilihat semasa itu semua jemaah sedang menunaikan solat tarawih dan salah seorang jemaah menggunakan kerusi untuk solat.

Namun, datang seorang kanak-kanak yang mengalihkan kerusinya sehingga membuatkan dia jatuh terduduk.

Ramai kesian lihat keadaan pak cik itu

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut meluahkan rasa kasihan mereka melihat pak cik berkenaan.

Ada yang berkata sepatutnya anak-anak kecil sebegini tidak perlu dibawa ke masjid kerana takut perkara sebegini berlaku.

"Serabutlah budak-budak macam ni bawa datang masjid", kata seorang netizen.

"Aku bayangkan mak aku sendiri. sebab mak pun solat atas kerusi. Nak kata budak-budak, anak orang lain elok je duduk solat sama-sama. sebelum bawa anak ke masjid didik dulu lah," kata seorang lagi netizen.

Lihat video itu di bawah:

Harap tak ada apa yang serius dekat pak cik tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: