Netizen Luah Rasa Marah, YB Cadang Buat Highway Bertingkat Berbanding Public Transport
Lagi baik tingatkan lagi mutu dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kesesakan lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan, terutama ketika mahu pulang dari kerja
Tambahan lagi, ramai orang yang memandu sekarang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Ada yang sampai satu hingga dua jam lebih tersangkut di dalam kesesakan tersebut.
Bila sampai di rumah pula sudah malam akibat daripada kesesakan lalu lintas berkenaan. Sudah tentu penat rasanya. Hanya yang memandu saja faham perkara ini.
Namun, baru-baru ini seorang wakil rakyat dan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof telah mencadangkan supaya lebuh raya bertingkat dibina segera di sebuah highway.
Minta agar perbanyakkan lebuh raya bertingkat di highway tersebut
Menerusi posting tersebut, ahli Parlimen itu meluahkan rasa kecewanya dengan keadaan di lebuh raya Persekutuan yang sering sesak.
Menurutnya, beliau memberitahu ketika pada tahun 90-an, kesesakan di lebuh raya berkenaan tidak seteruk ini.
Oleh kerana itu, dia mencadangkan sudah tiba masanya untuk kerajaan menambah lebuh raya bertingkat sebagai laluan alternatif dan juga demi mengurangkan kesesakan lalu lintas tersebut.
"Tahun 90an, saya ulang alik kerja Shah Alam - Petaling Jaya tak teruk keseksaan macam ni. Sudah sampai masa Lebuhraya Persekutuan ada lebuh raya bertingkat sebagai laluan alternatif. Setuju tak?," tulis beliau.
"Saya rasa YB, kita lebih memerlukan kemudahan kenderaan awam yang lebih efficient untuk menyelesaikan kesesakan jalan ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat posting berkenaan.
Rata-ratanya mencadangkan agar beliau lebih memfokuskan kepada pengangkutan awam berbanding lebuh raya bertingkat.
Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih 574 comments, 1.2K repost dan 523 likes di laman X.
Berikut adalah komen daripada netizen di laman X:
Lebuh raya Persekutuan memang kena banyakkan lagi kemudahan pengangkutan awam untuk pengguna jalan raya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!