seismik

Kuih Peniaga Malaysia Di Pasar Pagi Liverpool Raih Sambutan, Cekodok Paling Laku Keras

Suka juga mat salleh dekat kuih Melayu ya.

Cover image via @marhaidi.hanafi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memulakan perniagaan di luar negara bukanlah perkara yang mudah

Hal ini kerana, mungkin tidak semua orang di sana kenal dengan barangan kita. Tambahan lagi jika kita menjual makanan dari Malaysia ke luar negara.

Pasti ia agak sukar untuk membuat mereka mencuba dan mengenal makanan ini. Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang peniaga berkongsi kuih-muih yang laku dijualnya di Liverpool, England.

Kuih 'laku keras' jual di pasar pagi

Menerusi video tersebut, akaun dari @marhaidi.hanafi itu berkongsi keadaan sekitar waktu pagi di Liverpool, England.

Difahamkan, mereka yang berasal dari Malaysia menjual makanan seperti kuih-muih di pasar pagi di sana.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, ramai juga penduduk di situ yang singgah membeli kuihnya. Dapat dilihat dia menjual kuih-muih seperti cekodok, karipap, nasi lemak dan banyak lagi.

"Granby Street Market Liverpool dibuka pada hari Sabtu pertama setiap bulan. Kepada yang ke Liverpool jemput singgah, Lokasi berdekatan dengan Rumah Komuniti Malaysia, Liverpool," tulisnya

Selepas laku keras, netizen bagi cadangan tambah makanan lain pula

Oleh kerana jualan kuih-muihnya yang amat memberangsangkan, ada netizen yang mencadangkan agar dia menjual makanan Malaysia yang lain pula di sana.

"Jual teh ais kak. Kesedapan teh ais yang krimmer kegemaran manusia dimuka bumi," kata seorang netizen.

"Hi sister i would suggest
1. cucur udang or sayur with kuah kacang
2. roti jala with chicken curry
3. kuih ketayap
4. buah melaka,"
ujar netizen yang memberi cadangan.

"Kuih cara original, sebab orang putih suka benda yang lembut dan manis," kata seorang lagi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 300.9K views, 22.7K likes dan 1,189 comments di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

@marhaidi.hanafi Granby Street Market Liverpool dibuka pada hari Sabtu pertama setiap bulan. Kepada yang ke Liverpool jemput singgah, Lokasi berdekatan dengan Rumah Komuniti Malaysia, Liverpool, #melayudiuk #hidupdiperantauan #malaysiantravellers #kisahplanetliverpool Aduh Malaysia - Altimet

Memang laku keras makanan Malaysia kalau jual dekat luar negara ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: