seismik

[VIDEO] Pelanggan Tampar Juruwang Kedai Yang Sedang Hamil Gara-Gara Diminta Tunggu

Suka hati je nak naik tangan.

Cover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video di Facebook selepas seorang individu didakwa telah ditampar oleh pelanggan

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai di Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

CCTV telah menunjukkan pelanggan berkenaan bertindak dengan menampar juruwang tersebut akibat tidak puas hati.

Kena tampar sebab 'tak sabar' kena tunggu

Menurut mangsa, wanita berkenaan telah datang untuk membayar barangan yang dibelinya, namun dia ingin memulangkan salah satu barangan yang dibelinya kepada juruwang tersebut.

Juruwang itu telah meminta agar wanita berkenaan tunggu sebentar kerana barangan tersebut telah masuk ke dalam sistem juruwang.

Dengan tiba-tiba wanita tersebut memarahinya dan mula bertindak dengan menampar juruwang itu sehingga dia mengalami kecederaan di muka.

Situasi itu berlaku dihadapan ramai orang sehingga membuatkan dia terpaksa membuat laporan polis.  Difahamkan, juruwang tersebut sedang mengandung.

"Aku tak tahu apa salah aku sedangkan aku dah terangkan, tapi kau tetiba melenting. Aku memang takkan maafkan orang macam ni Ya! Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku. Aku takkan tarik report ya," tulisnya.

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: