Rapid KL Tegur Wanita Letak Beg Atas Kerusi Kenderaan Awam, Minta Lebih Bertimbang Rasa
Jangan pentingkan diri sendiri ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai yang memilih menggunakan perkhidmatan awam untuk pergi ke sesuatu destinasi
Tidak dinafikan, menggunakan perkhidmatan awam adalah lebih mudah dan menjimatkan masa. Malah, di Malaysia kini perkhidmatan seperti LRT, dan MRT telah banyak diperluaskan destinasi mereka.
Namun, sebagai pengguna kita perlu mempunyai sifat bertolak-ansur dan tidak mementingkan diri sendiri jika berada di dalam perkhidmatan awam. Salah satunya adalah dengan tidak meletakkan beg di atas tempat duduk.
Baru-baru ini, jenama perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL telah menegur pengguna agar lebih bertoleransi ketika menaiki kenderaan itu.
Image via @askrapidkl (X)
Selamba letak beg atas kerusi sehingga orang lain tak boleh duduk
Menerusi laman X Rapid KL, syarikat itu telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan seorang pengguna yang memilih untuk meletakkan beg di atas kerusi di zon keutamaan.
"Beg anda mesti suka tempat duduk itu, tetapi jangan lupa mungkin ada orang yang lebih memerlukannya. Mari bertimbang rasa apabila menggunakan pengangkutan awam okay?," tulis admin akaun tersebut.
Malah, posting tersebut telah meraih perhatian netizen yang turut mengecam tindakan wanita berkanaan dan ada yang berkongsi pengalaman sama.
Image via @askrapidkl (X)
Image via @askrapidkl (X)
Image via @askrapidkl (X)
Image via @askrapidkl (X)
Naik pengangkutan awam ni janganlah pentingkan diri sendiri je okay ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment