[RASMI] Agong Perkenan 'Deadline' Calon Perdana Menteri Dilanjutkan Sehingga 2 Petang Esok
Hal ini sekaligus memberi ruang dan masa untuk parti-parti politik berbincang bagi membentuk kerajaan gabungan sekiranya mempunyai majoriti.
Umum sedia maklum, Istana Negara sebelum ini mengumumkan untuk parti-parti politik untuk membentuk gabungan sekaligus mengemukakan calon Perdana Menteri pilihan mereka selewat-lewatnya 2 petang pada hari ini
Walau bagaimanapun, melihat kepada situasi politik semasa, Yang di-Pertuan Agong pada hari ini telah perkenan proses bagi ketua parti-parti dan gabungan politik untuk mengemukakan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok.
Image via Istana Negara (Facebook)
Hal ini sekaligus memberi ruang dan masa untuk parti-parti politik berbincang bagi membentuk kerajaan gabungan sekiranya mempunyai majoriti.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memohon agar lebih masa diberikan sebelum calon Perdana Menteri Malaysia ke-10 dikemukakan.
Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.
Semoga Malaysia dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana serta musibah!
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment