[RASMI] Najib Razak Kekal Jalani Hukuman Penjara 12 Tahun & Denda RM210 Juta
Rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan serta hukuman dikekalkan.
Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
Menurut Harian Metro, panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
"Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat dan hukuman tidak keterlaluan.
"Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan.
"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)," katanya dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah.
Image via Reuters
Mahkamah Persekutuan perintah Najib Razak jalani hukuman 12 tahun penjara mulai hari ini
Dalam pada itu, Najib Razak dipercayai akan terus dibawa ke penjara Sungai Buloh dan Mahkamah Persekutuan perintah Najib Razak jalani hukuman 12 tahun penjara mulai hari ini.
Tengku Mainum berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Sebagai rekod, Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.
Image via NSTP/Asyraf Hamzah
Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.
Mohd Nazlan ketika itu memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, namun tiada denda dikenakan untuk pertuduhan pengubahan wang haram.
Pertuduhan salah guna kuasa adalah di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala pertuduhan pengubahan wang haram adalah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.
“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan denda minimum lima kali ganda dari nilai suapan iaitu RM210 juta.
“Bagi kesalahan tiga kesalahan pecah amanah, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Manakala bagi tiga lagi kesalahan dibawah AMLA 2001, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara akan dijalankan secara serentak,” kata Mohd Nazlan.
...Berita dan keputusan penuh bakal menyusul
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment