[TERKINI] Rayani Air Bakal Kembali Beroperasi Tahun 2020 & Kekalkan Konsep Sama. Syabas!
Alhamdulillah!
Masihkah anda semua ingat dengan syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia iaitu Rayani Air?
Memetik laporan Mstar, sebelum ini syarikat penerbangan itu telah menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta pada April 2016.
Dilaporkan, sebab penggantungan itu berikutan penstrukturan semula syarikat. Selain itu, mogok yang dilancarkan juruterbang juga dipercayai menyumbang kepada perkara tersebut sehingga beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan di saat akhir.
Image via Ravi Alagendrran / Facebook
Namun begitu, nampaknya syarikat penerbangan itu bakal beroperasi semula menjelang tahun 2020 ini
Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran Abdullah mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya pada 30 Disember 2019.
Susulan itu, ramai yang gembira dengan berita ini dan mengucapkan tahniah kepada pemilik syarikat penerbangan Rayani Air
Image via Ravi Alagendrran / Facebook
Bagaimanapun, ada juga yang mengambil peluang ini untuk menuntut kembali bayaran balik tiket penerbangan mereka sebelum ini
Image via Ravi Alagendrran / Facebook
Semoga dengan kembalinya Rayani Air ini akan memberikan peluang lebih banyak kepada orang ramai. Apa-apapun, kita doakan yang terbaik ya!
Image via Giphy
Baca juga artikel ini:
Leave a comment