Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rekod BTS Lebur, Rapper Dari India Rampas Takhta Jumlah Tontonan 24 Jam Tertinggi. Wow!

Badshah oh Badshah. Badshah hey Badshah.

Cover image via FHM India

Siapa sangka, rekod tontonan BTS boleh lebur selepas hanya tiga bulan berada di atas

BTS

Image via ibighit / YouTube

Lagu hit BTS berjudul 'Boy With Luv' yang dilancarkan pada 12 April 2019 lalu serta-merta meletus apabila berjaya merangkul takhta sebagai video dengan jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam di YouTube.

Video tersebut mengutip sebanyak 74.6 juta tontonan dalam masa satu hari, sekali gus mencipta rekod dunia terbaru mengalahkan lagu 'Kill This Love' nyanyian Blackpink sebelum ini dengan 56.7 juta.

Namun sekarang, seorang rapper tidak dikenali dari India telah 'tapau' rekod BTS tersebut

Image via Sony Music India / YouTube

Tarikh 10 Julai 2019 menjadi sejarah buat rapper dari India yang dikenali dengan nama Badshah. Badshah yang mempertaruhkan lagu 'Paagal' ternyata berjaya menarik perhatian dunia apabila video muziknya melangkau jumlah tontonan BTS dalam tempoh 24 jam.

Memetik laporan Koreaboo, video 'Paagal' berjaya mencatat jumlah tontonan sebanyak 75 juta yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana individu sebelum ini, termasuk Taylor Swift. Wow!

Klik butang play untuk dengar lagu 'Paagal' di bawah:

Hairannya, perkara ini tidak heboh dan ramai yang masih tidak tahu, malah pihak YouTube pun masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi

Image via Sony Music India / YouTube

Pihak YouTube biasanya akan mengeluarkan pengumuman rasmi terhadap pencapaian rekod tontonan sepertimana yang diterima oleh Ariana Grande, Blackpink dan BTS sebelum ini.

Namun berbeza pula ceritanya untuk Badshah. Hal ini menyebabkan ramai orang mula sangsi terhadap pencapaian 'Paagal' meraih 75 juta tontonan dalam tempoh 24 jam tersebut.

Ada juga pihak yang menuduh Badshah sebenarnya telah membeli tontonan palsu sehingga berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegang BTS

Image via Mashable India

Pesaing dalam industri muzik di India mula "berbisik" dan mendakwa bahawa lagu Badshah itu telah mendapat pertolongan dari server farms dan bots - dua alat digital yang terletak di bawah kategori 'fake views'.

Hari berikutnya, dakwaan yang berbeza pula muncul yang mengatakan Badshah dan wakil syarikatnya telah membeli iklan dari Google dan YouTube yang membolehkan iklan video tersebut muncul di merata-rata tempat.

Image via Bloomberg

Maksudnya, jika pengguna menyaksikan iklan yang memaparkan 'Paagal' untuk masa tertentu sebelum melangkau ke video yang dikehendaki, tontonan tetap akan dikira dan sekali gus membantu menaikkan jumlah tontonan keseluruhan.


Tuduhan ini memaksa pihak YouTube untuk menilai semula rekod tersebut sementara ia belum rasmi

Image via marketwatch.com

Bloomberg melaporkan bahawa amalan membeli jutaan tontonan ini sudah menjadi norma kepada kebanyakan artis popular dan Badshah bukanlah satu-satunya artis yang melakukannya.

Amalan ini bagaimanapun menimbulkan keraguan terhadap populariti sebenar sesebuah klip video sehingga memaksa pihak YouTube untuk mengkaji semula cara mereka mengira jumlah tontonan.

Badshah menyelar tindakan YouTube dan percaya platform itu mengamalkan 'double standards' dan sengaja memilih untuk tidak mengiktiraf hasil kerjanya

Image via My Nation

Badshah menuduh YouTube begitu terbuka untuk mengumumkan rekod daripada superstar global seperti Taylor Swift dan Ariana Grande, tetapi tidak melakukan perkara sama apabila rapper tidak dikenali dari India berada di puncak.

"Kami bekerja keras untuk ini, mempromosikannya di seluruh dunia," tulis Badshah di Instagram. "Saya tidak mahu orang luar melihat India sebagaimana yang ditunjukkan dalam filem seperti 'Slumdog Millionaire.' Kami setaraf dengan dunia. Dan inilah masanya untuk kami bersinar."

Pengaruh besar yang dibawa Badshah telah menjadikannya sebagai salah seorang daripada 100 selebriti paling kaya di India, menurut Forbes

Image via Hindustan Times

Buat masa ini, Badshah masih menunggu pengumuman rasmi dari pihak YouTube terhadap kejayaan lagu 'Paagal' tersebut.

Adakah YouTube akan mengiktiraf 'Paagal'? Sama-sama kita nantikan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Power sangat ke Blackpink ni?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment