Tak Dinafikan, Blackpink Adalah K-Pop Girl Group Paling Epik & 'Next Level'. Ini Sebabnya
Blackpink in your area!
1. Blackpink adalah satu-satunya 4-member group yang paling berpengaruh selepas 2NE1
2NE1 yang dibarisi oleh Park Bom, CL, Sandara Park, dan Minzy mencuri tumpuan dalam dunia K-pop beberapa tahun lalu dengan muzik tekno dan gaya tarian bertenaga yang menjadikan mereka salah satu kumpulan paling berpengaruh di Korea. Malangnya pada tahun 2016, syarikat naungan 2NE1 iaitu YG Entertainment mengisytiharkan perpisahan mereka yang memberi impak yang sangat besar terhadap peminat-peminat tegar K-pop.
Aksi lincah 2NE1 amat dirindui peminat dan masing-masing menyifatkan bahawa mereka sememangnya tiada galang ganti. Namun pada 8 Ogos 2016, YG Entertainment memperkenal Blackpink kepada dunia dengan melancarkan dua lagu hit 'Boombayah' dan 'Whistle' yang serta-merta meletup! Nama Blackpink terus mendapat perhatian ramai dalam dunia K-pop, malah kumpulan yang dibarisi oleh Rose, Jennie, Jisoo, dan Lisa ini juga dilihat sebagai pengganti paling sempurna buat 2NE1.
2. 'Ddu-Du Ddu-Du' adalah lagu K-pop paling pantas mencecah 650 juta tontonan
Blackpink hanya mengeluarkan satu klip video sahaja pada tahun 2018 berbanding kumpulan lain. Tetapi hebatnya, lagu mereka yang berjudul 'Ddu-Du Ddu-Du' berjaya menjadi lagu terpantas yang mencecah 650 juta tontonan di YouTube dalam sejarah K-pop. Wow!
Bukan setakat itu sahaja, lagu 'berhantu' ini turut memecah rekod lain seperti:
1. Lagu K-pop paling banyak tontonan selepas sehari dilancarkan - 36.2 juta tontonan
2. Lagu K-pop paling banyak tontonan selepas 10 jam, 20 jam, 30 jam, 40 jam, dan 50 jam dilancarkan
3. Lagu K-pop paling banyak tontonan sepanjang 2018 - 536 juta tontonan
4. Lagu K-pop paling pantas memasuki carta Global Top 50 di Spotify
Kalau anda perasan, lagu ini turut menjadi siulan dan amat diminati orang ramai pada masa kini, termasuk mereka yang tidak minat K-pop.
3. Lima klip video Blackpink telah melepasi 300 juta tontonan, paling banyak berbanding mana-mana kumpulan lain
Lima klip video Blackpink iaitu 'Boombayah', 'Whistle', 'Playing With Fire', 'As If It's Your Last', dan 'Ddu-Du Ddu-Du' semuanya melepasi 300 juta tontonan di YouTube, satu rekod yang tak pernah dicapai oleh mana-mana kumpulan K-pop selama ini. Hanya klip video 'Stay' sahaja yang masih di bawah 200 juta tontonan.
4. Tiga ahli Blackpink boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik
Ahli-ahli tersebut adalah Rose, Jennie, dan Lisa. Jennie selaku visual of the group dibesarkan di New Zealand manakala Rose pula dibesarkan di Australia. Kedua-dua ahli ini boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna berbekalkan accent dari negara masing-masing.
Manakala Lisa, yang berasal dari Thailand turut sama mahir, tetapi Jennie dan Rose adalah dua ahli yang diberi mandat untuk berbahasa Inggeris apabila ditemuramah oleh media antarabangsa. Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan Blackpink untuk mendekati para peminat mereka di luar Korea.
5. Mereka mempunyai keunikan suara masing-masing
Jujurnya, industri K-pop dipenuhi dengan suara yang kadang kala sukar untuk peminat bezakan kerana suara mereka kedengaran hampir sama. Tetapi berbeza pula dengan Blackpink yang menampilkan keunikan tersendiri dari segi lontaran vokal dalam setiap ahli. Rose selaku vokalis utama mempunyai suara paling merdu, manakala Jisoo suara matang dan unik, Jennie dan Lisa pula kedua-duanya hebat dalam rapping.
6. Jennie
Wanita ini tidak perlu pengenalan lebih lanjut. Jennie yang turut digelar sebagai 'Korea's It Girl' dan 'YG Princess' pada masa kini mempunyai satu aura yang begitu menonjol dalam industri K-pop yang menjadikannya begitu popular. Para peminat juga suka melihat telatah lucu dan kebudak-budakan Jennie menerusi rancangan aneka ragam seperti Running Man.
Selain itu, Jennie turut tampil dengan single berjudul 'Solo' yang dilancarkan pada November 2018. Lagu 'Solo' ini tidak kurang hebatnya apabila berjaya menjadikan Jennie penyanyi wanita Korea pertama yang menembusi iTunes Top 10 di Amerika Syarikat, pada masa yang sama mendahului carta di lebih 40 negara.
7. Blackpink hanya ada 9 buah lagu
Fakta ini menunjukkan betapa hebatnya pengaruh Blackpink dalam dunia K-pop. Walaupun hanya melancarkan 9 buah lagu setelah lebih 2 tahun ditubuhkan, Blackpink mampu memecah rekod demi rekod dari masa hingga ke semasa dan terus melakar kejayaan hingga ke persada antarabangsa.
Senarai lagu Blackpink:
1. Boombayah
2. Whistle
3. Playing With Fire
4. Stay
5. As If It's Your Last
6. Ddu-Du Ddu-Du
7. Forever Young
8. Really
9. See U Later
8. Blackpink adalah girl group dengan subscribers YouTube paling ramai di dunia
September lalu, bilangan subscribers pada saluran YouTube rasmi BLACKPINK mencecah 11.8 juta, menjadikan mereka girl group dengan pengikut YouTube paling ramai di dunia. Kini, angka itu telah pun mencecah 19.2 juta ketika artikel ini ditulis.
Sebelum ini, rekod ini dipegang oleh Fifth Harmony, sebuah kumpulan popular dari Amerika Syarikat.
9. Lisa adalah artis wanita k-pop yang paling ramai followers di Instagram
Jumlah followers Lisa di Instagram baru-baru ini mencecah 15.3 juta, meletakkannya di tempat pertama sebagai artis wanita K-pop dengan pengikut paling ramai. Tiga ahli lain pula, Jennie berada di belakang Lisa dengan 13 juta followers, manakala Rose dan Jisoo masing-masing mempunyai 11.6 juta dan 11.4 juta followers.
10. Coachella 2019
Blackpink berada di landasan tepat untuk menjadi kumpulan K-pop wanita pertama yang tampil di Coachella. Baru-baru ini, mereka telah diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan festival muzik 2019 tersebut, yang turut menampilkan superstar antarabangsa seperti Ariana Grande, Childish Gambino, Tame Impala, dan ramai lagi.
Amacam? Power tak power Blackpink ni?
Ada lagi tak senarai rekod atau pencapaian Blackpink yang kami tertinggal? Kalau ada, tolong komen di bawah ya!