Selepas Usher, Yuna Nyatakan Hasrat Untuk Berkolaborasi Dengan BTS Tahun Depan. On Tak On?
Yuna pernah melakar sejarahnya sendiri apabila merakamkan lagu bertajuk Crush bersama penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat, Usher.
Penyanyi terkemuka Malaysia, Yuna meluahkan keinginannya untuk berduet dengan kumpulan popular dari Korea Selatan, BTS untuk projek terbarunya pada tahun 2019
Menerusi Twitter, Yuna turut meminta pandangan daripada peminatnya sama ada kolaborasi tersebut patut dilakukan atau tidak.
Kumpulan BTS bukan sahaja popular di Korea dan di Asia, malah turut diminati ramai peminat di Hollywood sehingga menerima pelbagai pengiktirafan di sana.
Disebabkan perkara ini, rata-rata peminat Yuna meluahkan rasa teruja mereka dan mengharapkan agar gandingan tersebut menjadi kenyataan.
Sebelum ini Yuna pernah melakar sejarahnya sendiri apabila merakamkan lagu bersama penulis lagu dan penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher
Album Yuna bertajuk ‘Chapters’ yang telah memuatkan lagu ‘Crush’ nyanyian Usher dan Yuna ini pernah tersenarai dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik.
Lihat video klip lagu Crush di bawah:
Bukan itu sahaja, Yuna yang menetap di Amerika Syarikat juga pernah bekerjasama dengan komposer seperti David Foster dan Pharrell Williams
David Foster yang pernah menggungguli 16 Anugerah Grammy pernah menjadi penerbit kepada pemuzik-pemuzik terkemuka seperti Christina Aguilera, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Buble, Celine Dion dan lain-lain.
Pharrel Williams pula yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal di Amerika Syarikat telah menerbitkan lagu nyanyian Yuna iaitu "Live Your Life" pada tahun 2012. Versi remix lagu beliau "Live Your Life" oleh Melo-X muncul di dalam permainan stesen radio WorldWide FM dalam permainan video Grand Theft Auto V.
Cayalah Yuna! Semoga kolaborasi dengan BTS tercapai.
Mesti seronok peminat-peminat K-Pop di luar sana!