Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Remaja Lelaki Cuba Cabul Murid Perempuan Ketika Solat Subuh Di Masjid Kini Ditahan Polis

Difahamkan, kejadian berlaku di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Selangor.

Cover image via Sirap Limau Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis telah menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan video rakaman CCTV tindakan seorang lelaki warga tempatan disyaki cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan.

"Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman.

"Pada masa sama, maklumat yang boleh dikongsikan hanya berdasarkan kenyataan media kerana polis tertakluk mengikut Akta Kanak-kanak 2001 yang menitikberatkan privasi mangsa dan keluarganya," katanya.

Image via Harian Metro

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) kejadian yang berlaku ketika jemaah sedang solat Subuh itu tular di media sosial

Kejadian berlaku ketika budak perempuan terbabit sedang sujud bersolat Subuh di belakang barisan jemaah wanita dan rakaman CCTV masjid terbabit kini tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman CCTV yang tersebar, seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah belakang dan membawanya keluar dari ruang solat wanita.

Ketika itu, kanak-kanak berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri menyebabkan tindakan itu tidak disedari jemaah wanita lain yang sedang sujud.

Dalam rakaman berasingan, suspek dilihat bergelut dengan mangsa, bagaimanapun suspek melarikan diri selepas mangsa melawan perbuatan terbabit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment