Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

REV Media Group Umum 'Exploding Content 2024' Kini Kembali, Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Jangan kejar pelanggan, kejar peminat.

Cover image via REV Media Group

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (REV) mengumumkan kembalinya acara tahunan yang dinanti-nantikan ramai iaitu Exploding Content 2024!

Edisi tahun ini menjanjikan perubahan besar, dengan fokus pada tema "jangan kejar pelanggan, kejar peminat", menukar audiens menjadi peminat jangka panjang dengan kandungan.

Exploding Content 2024 akan diadakan di tempat sendiri iaitu di Sri Pentas, Damansara Utama, pada 3, 4, 5 dan 6 September. Acara ini akan dipecahkan kepada beberapa sesi setiap hari, mengikut kesesuaian jadual para hadirin yang bakal hadir: 10.30 pagi dan 2.30 petang.

Image via REV Media Group

Image via REV Media Group

Sejak tahun 2017, Exploding Content dilaksanakan setiap tahun di mana ‘hatinya’ terletak pada komitmen untuk berkongsi pandangan berharga, kajian kes, dan hasil pembelajaran daripada kejayaan kempen sebelum ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahun ini bertujuan untuk melengkapkan hadirin dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan strategi penciptaan kandungan mereka. 

Dengan penekanan pada pemikiran berorientasikan pengguna, acara ini akan mendedahkan pakej baru yang menarik yang direka untuk memberi kuasa kepada jenama, perniagaan, dan usahawan.

Acara empat hari ini menjanjikan pengalaman luar biasa

Image via REV Media Group

Exploding Content 2024 disesuaikan untuk memenuhi minat dan kehendak pelbagai individu, termasuk pemilik perniagaan, pemasar berorientasikan digital, dan perancang.

REV mengiktiraf perubahan paradigma ke arah penciptaan kandungan yang berpusatkan komuniti. Hasilnya, acara ini didedikasikan untuk menerokai impak besar adaptasi daripada perspektif pengguna.

REV berbesar hati mengundang pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, professional media, dan semua yang berminat untuk terus berada di hadapan dalam dunia penciptaan kandungan dan menandakan kalendar mereka untuk Exploding Content 2024.

Acara empat hari ini menjanjikan pengalaman luar biasa yang akan memberi inspirasi, mendidik, dan mengubah cara kandungan dikonseptualisasikan dan disampaikan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merevolusikan strategi penciptaan kandungan anda.

Daftar untuk Exploding Content 2024 di SINI. Jumpa anda di sana nanti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment