seismik

REV Media Group & Dattel Asia Group Sedia Bantu PKS Dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Pengurusan Pengiklanan itu dikuasakan dengan Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.

Cover image via REV Media Group

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buat julung kalinya, penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) baru-baru ini

Image via REV Media Group

Ia sekali gus menjadikan RMG dan DAG sebagai penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pengiklanan berasaskan data.

Kolaborasi ini juga menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Platform layan diri ini dikuasakan oleh AI untuk menyasar audiens dengan lebih baik, dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM), membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.

RAM bertindak sebagai titik permulaan untuk menjalankan kempen pengiklanan dan mencapai audiens ideal untuk PKS menperkembangkan perniagaan mereka.

Dalam erti kata lain, RAM merupakan alat yang membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan seterusnya menguruskan mereka dengan lebih mudah.

PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka

Image via REV Media Group

Gandingan kedua syarikat ini juga turut memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG, mencapai 80% rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens.

Apakah manfaatnya kepada PKS? Kebiasaannya PKS tidak mempunyai akses kepada data pasaran dan mereka hanya meneka secara rambang siapakah potensi pasaran sasaran mereka.

Kini, mereka boleh mengenal pasti target pasaran dan memastikan perbelanjaan periklanan mereka memberikan pulangan pelaburan yang terbaik.

Di samping itu, kadar istimewa ini direka untuk memastikan bahawa sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi, PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

RAM menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners

Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Ashran Dato Ghazi berkata, “Menyasarkan audiens yang tepat adalah penting dalam mana-mana aspek perniagaan. Kami mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan yang paling penting dapat membuahkan hasil”

Tambahnya lagi, bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia!

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, “Berlalu sudah hari di mana pemilik perniagaan PKS dan agensi perlu memperoleh data secara tradisional dan mencipta persona untuk memadankan sasaran audiens mereka”

“Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama,” tambahnya.

Image via REV Media Group

Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna.

RAM menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners. Pemohon yang berminat boleh memohon di sini https://www.dattel.asia/rev-marketing-partner-registration/. Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners kami.

Kami telah memperakui dan melantik sekumpulan agensi sebagai REV Marketing Partners yang akan membantu PKS dalam perjalanan pengiklanan mereka. 

REV Marketing Partners kami termasuk Zen Communications, BookAD, BrandGeeks, Commerce.Asia, DreamTalents Media, Orion Digital, Phar Partnerships, MedADS, Pixelsy Solutions, FourSeven Media dan Messe Worldwide.

Hubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman web premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan. Layari https://www.dattel.asia/our-rev-marketing-partners/.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: