"Rezeki" - Tak Sengaja Langgar Kereta Depan, Gadis Terharu Pemilik Kereta Tak Melenting
Alhamdulillah dapat slow talk.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kemalangan kereta yang berlaku sudah menjadi perkara biasa terjadi di atas jalan raya
Oleh sebab itu, setiap pengguna jalan raya mesti mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Tambahan lagi, kita juga perlu menyelenggara kereta mengikut tempoh yang ditetapkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis tidak sengaja melanggar kereta depannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gadis terharu pemilik kereta tak marah dan melenting
Menerusi video berkenaan, dipercayai rakaman tersebut merupakan video daripada dashcam kereta yang dipandu oleh seorang gadis.
Sedang asyik dia memandu ke depan, dia tidak sengaja terlanggar kereta hadapannya yang berjenama Honda. Kemudian, pemilik kereta itu turun dan memeriksa keadaan keretanya.
Gadis dalam kereta juga turun dan sempat meminta maaf kepadanya. Dia juga mengajak pemilik kereta itu pergi ke bengkel terdekat.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila pemilik kereta itu sangatlah baik dan menenangkan gadis itu. Pemilik kereta itu berkata "Sikit saja, jangan risau. Everyone make mistakes".
Gadis itu juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya jaga dan servis kereta supaya dapat mengelakkan kemalangan.
Image via @_shuhadamohamad (TikTok)
"Alhamdulillah, jumpa manusia baik. Tak kisahlah bangsa apa, janji hati baik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 552K tontonan, 58K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @_shuhadamohamad (TikTok)
Image via @_shuhadamohamad (TikTok)
Image via @_shuhadamohamad (TikTok)
Image via @_shuhadamohamad (TikTok)
Image via @_shuhadamohamad (TikTok)
Baiknya dia sampai boleh tenangkan orang, rezeki sis jumpa orang baik! :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment