Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sedap, Murah & Siap Ada 4 Perisa Lagi. Jom Cuba Roti Canai Pelangi Di Warung Ini!

Roti Canai Pelangi terdiri daripada perisa durian, epal, strawberi, dan keladi. Roti canai sedap ini boleh didapati di Warung Dimyati ini terletak di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Cover image via Roti Canai Pelangi

Tidak dapat dinafikan, selain nasi lemak, menu utama sarapan pagi yang cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia ialah roti canai

Roti canai jika dimakan sewaktu masih panas, kemudian dicicah dengan kuah kari ikan, dal, atau kuah sambal bilis. Fuhh.. memang menyengat!

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Divinely Delish

Bukan itu sahaja, ada banyak pula itu jenis roti canai ini. Kalau setakat roti kosong, roti telur, roti banjir, roti bom dan roti tisu itu kita sudah biasa dengar. 

Tetapi mesti ramai masih belum pernah mendengar Roti Canai Pelangi yang terdiri daripada pelbagai warna dan perisa. Dengar pun tak pernah apatah lagi merasanya, betul tak?

Kalau nak tahu, Roti Canai Pelangi boleh didapati di Warung Dimyati Roti Canai yang terletak di Kampung Sungai Yu 1, Kuala Selangor.

Dengar cerita roti canai di sini pun sangat sedap!

Buat penggemar roti canai di luar sana, pasti teruja dan tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai keenakan dan kelainan Roti Canai Pelangi yang menjadi menu utamanya sejak tahun 2018.

Image via Facebook Roti Canai Pelangi

Menariknya, Roti Canai Pelangi terdiri daripada empat perisa iaitu durian (kuning), epal (hijau), strawberi (merah) dan keladi (biru).

Pengusahanya, Dimyati Tualo, berkata, idea menghasilkan Roti Canai Pelangi ini timbul bagi memberi kelainan dan nafas baharu pada makanan kegemaran rakyat Malaysia selain menarik bagi perhatian pelanggan kepada perniagaannya yang diusahakan sejak dua dekad lalu.

Image via Projek MM

“Sebelum ini, saya hanya buat roti canai biasa sahaja, namun bagi memberi kelainan dan menarik pelanggan, maka Roti Canai Pelangi diperkenalkan.

“Penyediaan Roti Canai Pelangi ini sama sahaja dengan roti canai biasa. Bezanya, adunan doh untuk Roti Canai Pelangi ini ditambah perisa dan pewarna makanan yang dibenarkan," ujarnya.

Image via Facebook Roti Canai Pelangi

Difahamkan tekstur Roti Canai Pelangi ini juga lebih lembut. Selain mampu memenuhi cita rasa pelanggan, roti canai ini masih enak dimakan walaupun sudah sejuk.

Buat yang teringin tu, boleh singgah ke Warung Dimyati Roti Canai bermula pukul 7 pagi sehingga 12 tengahari.

Walau bagaimanapun, warung ini tidak dibuka pada hari Isnin dan Jumaat.

Alamat: Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi:
7 pagi - 12 tengahari (Isnin & Jumaat CUTI)

No. Telefon: 012-234 8627

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

Peta lokasi Google Map: https://g.co/kgs/6eTK37

Peta Lokasi Waze: https://www.waze.com/ul?ll=3.37083400%2C101.22721800&navigate=yes

Fuhhh, baru tengok gambar Roti Canai Pelangi ini pun dah terliur!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Jom bersedekah dengan cara menarik ini!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment