seismik

Pelanggan Ini Order Makanan Dari GrabFood Bukan Untuk Dirinya, Tapi Kepada Rider. Baiknya!

Bersedekah itu boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.

Cover image via SGSME & Twitter @runqifadamha

Sedekah adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam

Allah SWT telah menjanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran buat mereka yang gemar bersedekah. Antara ganjarannya termasuklah panjang umur, mencegah dari meninggal dunia dalam keadaan yang teruk, menghapuskan sikap sombong, dan sebagainya.

Image via Bidadari.my

Ramai di antara kita menganggap bersedekah itu adalah terhad kepada beberapa perkara sahaja seperti memberi wang kepada mereka yang meminta atau memerlukan. Sedangkan konsep sedekah itu sangat luas seperti sabda baginda Rasulullah SAW;

Image via SAYS

Seperti apa yang berlaku kepada seorang ‘rider’ GrabFood baru-baru ini.

Menerusi laman Twitter, @runqifadamha atau Afiq telah berkongsikan pengalamannya bertembung dengan seorang pelanggan yang berhati mulia

Dalam perkongsiannya, Afiq berkata pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan segera melalui aplikasi GrabFood namun makanan itu bukan dibeli untuk diri sendiri, sebaliknya untuk rider berkenaan, iaitu dirinya.

Bahkan dalam pesanannya, pelanggan berkenaan menulis mesej memberitahu bahawa tindakannya adalah ikhlas dan meminta agar pemuda itu untuk mengisi perutnya sebelum menyambung kerja.

Alahai, mulianya hati!

Ternyata, rata-rata warganet telah memuji kebaikan hati pelanggan berkenaan. Seperti yang biasa kita dengar sebelum ini, di dalam rezeki kita sebenarnya terdapat rezeki orang lain.

Antara komen menarik dari warganet:

Alhamdulillah. Bersedekahlah kita nescaya Allah SWT akan menolong mereka yang bersedekah. :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dengan haiwan pun kita boleh bersedekah, tau!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: