"Roti Canai Teh Tarik" - Santai Buka Kedai Walaupun Air Dah Paras Betis Ini Raih Perhatian
Santai habis ni!
Bila tiba saja hujung tahun, pastinya setiap hari kita akan mendengar berita tentang banjir di setiap media sosial
Dengan adanya media sosial, ia memudahkan dan akan banyak update yang diterima. Ada yang berkongsi meminta bantuan dan ada juga yang sekadar berkongsi untuk membuat kenangan.
Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi situasi ketika kawasan perumahannya dilanda banjir. Tetapi sempat pula membeli roti canai telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Air dah paras betis, tapi tetap santai makan roti canai
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi ketika dia pergi membeli roti canai di sebuah kedai.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kawasan mereka itu dilanda banjir tetapi tuan kedai sempat membuka dan menebar roti canai walaupun air sudah paras betis.
Malah, pelanggannya pula tenang makan dan minum di kedai itu sambil berborak.
Image via @nurlyanaaaaa (TikTok)
"Kalau aku, tak buka kedai dah. Pak cik ni tenang betul. Customer pun nampak tenang. Banjir serupa angin lalu ja" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 314.7K views, 25K likes dan 788 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nurlyanaaaaa (TikTok)
Image via @nurlyanaaaaa (TikTok)
Image via @nurlyanaaaaa (TikTok)
Image via @nurlyanaaaaa (TikTok)
Ini baru betul roti canai banjir :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment