Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Russia Dilaporkan Denda Google Sebanyak AS$20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000

Google dilaporkan berhutang kepada Kremlin lebih daripada 2 undecillion rubel.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Russia didakwa cuba mendapatkan wang melalui cara mudah daripada salah satu syarikat teknologi terbesar dunia iaitu Google dengan satu angka yang tidak terjangkau

Menurut laporan Utusan Malaysia, Google dilaporkan berhutang kepada Kremlin lebih daripada 2 undecillion rubel, iaitu angka 2 diikuti dengan 36 sifar selepas enggan membayar denda yang kini terkumpul kerana menyekat saluran pro-Rusia di YouTube.

Penalti yang hampir tidak boleh dilafazkan itu berjumlah AS$20 decillion atau disebut sekitar AS$20 bilion trilion trilion.

Syarikat induk Google, Alphabet mempunyai nilai pasaran sekitar $2 trilion.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Media negara Rusia iaitu TASS melaporkan bahawa mahkamah Rusia sebelum ini mengarahkan Google memulihkan saluran YouTube, di mana beberapa daripadanya telah disekat sejak 2022. 

Jika tidak berbuat demikian, Google bakal menghadapi pertuduhan yang meningkat, dengan penalti dua kali ganda setiap minggu.

Ditanya mengenai tuntutan mahkamah, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov mengakui bahawa dia tidak dapat menyebut angka tersebut dengan betul tetapi berkata bahawa jumlah yang menakjubkan itu dipenuhi dengan simbolisme.

"Google tidak sepatutnya menyekat tindakan penyiar kami pada platformnya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment