Sakit Gout Bukan Penghalang Rikostria Datang Sesi Uji Bakat 'One In A Million' Di Johor
Menurut Rikostria, dia sudah bersiap dari pukul 7 pagi tadi dan sampai pukul 2 petang baru dapat menyerlahkan bakat nyanyiannya.
Selepas hampir 15 tahun, program realiti nyanyian ikonik, One In A Million (OIAM) kini kembali untuk musim baru
Uji bakat mencari bintang baru diadakan di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024 bermula hujung minggu ini.
Bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, sesi uji bakat OIAM bermula pada jam 9 pagi hingga 8 malam dengan guru vokal terkenal, Cikgu Sarah Ismail dan komposer, AG Coco sebagai juri.
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Menariknya, salah seorang peserta uji bakat OIAM dikenali sebagai Rikostria Rizal sanggup mengejar minatnya yang mendalam dalam bidang nyanyian dengan menyertai sesi uji bakat meskipun menghidap sakit gout yang kronik.
Walaupun sakit saya ini kronik, tetapi ia bukan penghalang bagi saya untuk terus maju dalam apa yang saya minat.
"Saya dah bersiap dari pukul 7 pagi tadi dan sampai pukul 2 petang baru saya dapat menyerlahkan bakat saya.
"Walaupun penat sebab tidur tak cukup tetapi saya tetap gagahkan diri untuk datang uji bakat OIAM," katanya.
Tak pandang hadiah wang tunai cuma minat dan mahu fokus dalam bidang nyanyian
Tambah Rikostria yang lebih mesra disapa Riko, dia mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin memandangkan sudah lama memasang impian untuk menjadi penyanyi.
"Saya dah ada keluarga, awal dulu nak fokus (menyanyi) tapi anak-anak masih kecil.
"Jadi sekarang bila anak semua dah besar, baru saya boleh fokus betul-betul dalam bidang nyanyian ini.
"Saya tak pandang hadiah wang tunai atau sebagainya, hadiah RM100 ke RM50 pun tak apa cuma atas sebab minat dalam menyanyi, itu yang saya fokus dan tengok boleh pergi jauh mana lagi.
"Selepas dapat tahu saya lepas peringkat seterusnya, saya cukup terharu dan teruja. Saya nak cuba buat yang terbaik untuk keluarga dan diri saya sendiri," kongsinya.
Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lagi di lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, iaitu pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini. Lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.
Namun begitu, buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai uji bakat secara bersemuka boleh sertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.
Apa yang ada perlu buat hanyalah memuat naik video nyanyian anda berdurasi satu minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment