Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Salah Mini Love" - Budak Tunjuk Jari Lain Masa Perarakan Merdeka Buat Ramai Tercengang

Dik, macam lain je tu dik.

Cover image via @zettygonzaless (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui semalam berlangsungnya perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

Ramai yang membanjiri kawasan itu dari jam 4 pagi lagi untuk menonton perarakan dan persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan. Perarakan itu dipersembahkan oleh pelbagai kumpulan yang terdiri daripada pasukan bomba, polis dan lain-lain. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebuah video tular gara-gara seorang budak kecil salah memberikan mini love semasa perarakan pasukan bomba telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nak bagi mini love, tapi tertunjuk jari tengah pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan perarakan pasukan bomba sedang berlangsung di Dataran Merdeka. 

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila seorang budak kecil yang memakai uniform bomba dilihat berada di atas bot penyelamat semasa perarakan.

Budak itu dilihat menunjukkan jari tengah kepada penonton sedangkan dia disuruh memberikan mini love. Aksi itu membuatkan ramai penonton terkejut dan tergelak dengan gelagat spontan budak kecil itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"The way dia tengok jari mesti dia rasa 'apa salah aku' hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 205K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @zettygonzaless (TikTok)

Image via @zettygonzaless (TikTok)

Image via @zettygonzaless (TikTok)

Image via @zettygonzaless (TikTok)

Aduhai, special betul mini love kau tu dik! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment