Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Salute Akak Wongshe Wongshe!' - Netizen Teruja Lihat Uchee Hanat Jadi Heroin Drama Nur 2

Mungkin dah boleh keluarkan lagu rap sendiri.

Cover image via Instagram @ucheefukada

"Akak wongshe wongshe saved the day!"

Image via Instagram @dramasangat

Itu adalah salah satu reaksi netizen terhadap watak 'akak wongshe wongshe' dalam drama Nur 2 yang baru saja melabuhkan tirai pada malam tadi. Siapa sangka watak kecil jiran sebelah rumah kepada Nur ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pengakhiran konflik drama tersebut.

Segelintir netizen amat teruja melihat watak 'akak wongshe wongshe' ini. Gelagatnya yang kelakar, kepoh, kuat membebel, dan suka jaga tepi kain orang menjadikannya salah satu highlight penting untuk drama Nur 2.

Image via Twitter

Image via Twitter

Ini babak 'wongshe wongshe' yang dimaksudkan itu. Memang kelakar!

Siapa sangka watak 'akak wongshe wongshe' itu dimainkan oleh penolong pengarah drama itu sendiri yang dikenali sebagai Uchee Fukada

Image via Instagram @ucheefukada

Uchee Fukada atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 29, dan pengarah Shahrulezad Mohameddin bekerjasama sejak dari tahun lepas lagi untuk drama Nur musim pertama.

Kali ini, mereka beradu tenaga sekali lagi untuk menghasilkan karya Nur 2 yang ternyata berjaya mencuri perhatian peminat drama Malaysia.

Persoalannya, kenapa dia tiba-tiba dipilih untuk membawa watak Uchee tersebut?

Bercakap kepada Berita Harian, Nurlina berkata dia bukanlah seorang pelakon, malah watak yang dibawa itu pun bersifat 'bidan terjun' kerana ditawarkan secara spontan oleh Shahrulezad atau mesra disapa Abang Ijat ketika penggambaran berlangsung.

Image via Instagram @ucheefukada

“Saya bukanlah pelakon tetapi bekerja di belakang tabir sebagai sebagai penolong pengarah untuk drama Nur 2.

“Abang Ijat yang tawarkan watak ini kepada saya secara spontan. Disebabkan saya sentiasa ada di lokasi, apa salahnya saya sahut cabaran ini,” katanya.

Menurutnya lagi, ini bukan kali pertama dia menjadi ‘mangsa’ Abang Ijat setiap kali mencari pelakon ‘terdesak’

Image via Instagram @ucheefukada

“Saya rasa dah empat atau lima kali saya jadi ‘bidan terjun’ sebagai pelakon pembantu untuk produksi arahannya.

“Kalau perasan, saya hanya berlakon di bawah arahan Abang Ijat. Tidak ada syarikat produksi lain yang hendak ambil pelakon muka macam saya ini,” katanya lagi.

Menariknya, perkataan 'wongshe wongshe' itu tidak tertulis pun di dalam skrip asal. Perkataan itu sebenarnya terkeluar sendiri secara spontan dek kerana terlupa dialog.

Image via Instagram @dramasangat

Dia juga tidak sangka dialog ‘wongshe wongshe’ itu boleh menjadi viral.

“Istilah itu tidak memberi apa-apa maksud. Ia adalah ‘tagline’ ketika saya memberi arahan kepada pelakon untuk melontarkan dialog.

“Kalau nak tahu, saya sebut ‘wongshe wongshe’ secara spontan ketika menjayakan babak berkenaan. Semuanya kerana saya terlupa skrip, maklumlah dialog tulisan Abang Ijat panjang. Lalu saya belasah apa sahaja yang terlintas dalam fikiran,” kata ibu anak tiga ini.

Dalam episod akhir semalam, Uchee sekali lagi mencuri tumpuan dengan rapping skill beliau yang dikatakan setaraf Eminem!

Netizen turut menyamakan watak Uchee dengan watak 'Landlady' dalam filem Kungfu Hustle. Amacam, sama tak?

Image via contentmedia23.com

Sama!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment